SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, April 14, 2012

Kolaborasi ThinkQuest Bersama SMPN13, Benchmarking , dan Silang-Budaya ke Bandung , Indonesia.















Alhamdulillah, akhirnya rancangan lawatan yang dirancang sejak daripada tahun 2011 yang lalu, terlaksana juga pada 7 -11 April 2012 yang lalu.

Lawatan Kolaborasi ThinkQuest , Benchmarking dan Silang -budaya antara SMK Taman Tuanku Jaafar dengan SMPN 13, Bandung , berjaya dilakukan, yang melibatkan sejumlah 12 orang pelajar dan 5 orang guru, termasuk Tuan pengetua sendiri. Para pelajar ini adalah terdiri daripada 10 orang daripada Program ThinkQuest SMKTTJ dan 2 orang lagi adalah daripada Kelab lensa. Turut sama di dalam rombongan ini ialah guru-guru serta Pengetua SMK Jelai Felda.

Objektif lawatan ini ialah tertumpu kepada 4 perkara iaitu:

1. Kolaborasi ThinkQuest bersama SMPN 13- yang melibatkan kerjasama melakukan penyelidikan dan projek ThiinkQuest.

2. Program Benchmarking- Mempelajari budaya kerja cemerlang di SMAN 3, Rumah Zakat dan Pasantren AaGym.

3. Program Silang Budaya- Melalui lawatan dan mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Indonesia khususnya di Bandung.

4. Program mempromosikan SMK Taman Tuanku Jaafar ke peringkat nasional dan Internasional serta pendedahan minda para pelajar kepada budaya cemerlang dalam pendidikan Indonesia.

Bagi Kolaborasi ThinkQuest , SMKTTJ telah mengadakan kerjasama mejalankan 3 buah projek bersama siswa SMPN13, Bandung. # buah projek itu ialah, Solar Storm , healthy vs Unhealthy Food dan Music is Harmony. Pada hari berkenaan , para peserta projek telah berbincang dan menyusun rangka kerja bagi ketiga-tiga tajuk berkenaan dan akan meneruskannya melalui 'on-line'. Kita menjangkakan projek ini akan berjaya diselesaikan dalam masa 3 bulan. Seterusnya nanti, kerja-kerja melengkapkan dan menggabungkan bahan daripada kedua-dua negara ini akan dilakukan dan pembentangan secara online akan dibuat di antara kedua-dua buah sekolah.

Bagi Program Benchmarking, rombongan SMKTTJ telah melakukan lawatan ke SMAN 3 , Bandung. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah terbaik di Bandung yang telah mendapat taraf International School. Sekolah ini juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah sekolah di serata dunia, seperti daripada singapura, Turki dan Jepun. Kita berasa bersyukur , pihak SMAN 3, khususnya Kepala Sekolah, Drs Enchang Iskandar yang sudi menerima kehadiran kita dan menjalin kerjasama bersama. banyak perkara yang dipelajari di sini, khususnya berkaitan penerapan nilai dan budaya Islam di dalam pendidikan dan sahsiah pelajarnya. Pembentukan karektor juga sesuatu yang boleh dipelajari. Para siswa di sini digalakkan menimba ilmu dan berdikari. Visi untuk menjadikan para pelajar sebagai pemimpin Indonesia, kaya dan berdikari , merupakan sesuatu yang menakjubkan.

Dari Rumah Zakat, Bandung, kiat juga telah menjalin kerjasama di dalam membantu mereka memajukan umat Islam.Kegigihan para pekerjanya yang berketrampilan , dan mengamalkan budaya Islam yang kuat, merupakan sesuatu yang menarik untuk diteladani. Sesuatu yang mengkagumkan, di dalam keadaan mereka yang serba kepayahan, mereka begitu gigih sehingga dapat menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan. Salah satu rahsia yang dinyatakan ialah , amalan mengikuti segala ajaran Islam yang kukuh dan membaca Al-Quran setiap masa sebagai sumber kekuatan mereka.

Masyarakat Indonesia, khususnya di Bandung amat gigih, kreatif dan innovatif. Merka mencari rezeki dengan pelbagai cara dan tektik. Pelbagai barangan dijual sehinggakan ia sesuatu yang hampir kita tidak percaya. Kegigihan dan kesungguhan mereka memelihara keindahan alam sekitar dan tempat menarik pelancong , amatlah membanggakan kita. Negara dan masyarakat kita harus belajar dan mengikuti cara mereka menjadikan industri pelancongan berasaskan alam sekitar sesuatu yang menguntungkan.

Akhirnya, misi kita untuk melonjakkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga adalah suatu usaha yang amat diabnggakan. Kini, SMKTTJ , buka hanya dikenali di sekitar Negeri Sembilan, namun ia akan harum ke serata negara dan antarabangsa. Kesudian RTM merakamkan program lawatan dan kolaborasi ini dan seterusnya menyiarkan di dalam rancangan Persada Jurnal (RTM 1) , amatlah membanggakan kita. Semoga nama SMKTTJ kan melonjak tinggi dan akan menaikkan semangat kita untuk berusaha lebih gigih mencipta kejayaan.

Tahniah kepada semua anggota rombongan yang telah menunjukkan kerjasama dan disiplin yang tinggi pada sepanjang lawatan. InsyaAllah, program seterusnya akan kita rancang lagi dengan kerjasama yang lebih kukuh dan bermakna.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...