SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 7, 2012

Ceramah Pembudayaan ICT Kepada Guru-Guru Jelebu-7 Jan 2012

Kesempatan dan peluang berkongsi pengalaman dan idea tentang pembangunan ICT dan penggunaan ICT dalam P & P bersama guru-guru Daerah Jelebu, membuka tirai 2012, dalam usaha menggalakkan penggunaan ICT di dalam P & P dan pengurusan sekolah.

Bertempat di Institut Perikanan Malaysia , cawangan Jelebu, saya berpeluang bertemu dengan guru-guru ini di atas usaha yang dilakukan oleh Tuan Hj. Norhashim , pengetua SMK Undang Jelebu dan isteri beliau.

Dalam ceramah ini , kesempatan digunakan untuk menerangkan tentang:

1. Kenapa ICT
2. Pelan Pembangunan ICT
3. Kenapa Guru Enggan Gunakan ICT

Sambutan yang diberikan nampaknya amat memuaskan. Alhamdulillah , diharapkan ia dapat membuka minda guru-guru ini untuk menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran serta di dalam pengurusan sekolah.

Hakikat yang harus diakui, masyarakat dan pelajar-pelajar kita bukan lagi seperti zaman kita dahulu. Generasi pelajar sekarang adalah generasi "native ICT". Di Korea Selatan, generasi pelajar sekarang dipanggil "thumb generation", mengambil sempena kemahiran mereka menggunakan jari di dalam mengendalikan alatan atau gedget ICT dan mendapatkan ilmu dengan melayari internet.

Bagi guru-guru, kesedaran bahawa pengajaran dengan hanya menggunakan kapur dan syarahan sudah tidak mampu menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran sepenuhnya. Bahan dan ilmu pengetahuan bukan lagi hanya terdapat di dalam buku-buku teks atau majalah. ilmu pengetahuan kini sudah banyak dimasukkan di dalam web secara online. Ilmu pengetahuan kini juga bukan lagi milik mutlak guru yang mengajar. Kini, para pelajar kita sudah boleh menerokai ilmu pengetahuan secara maya dan belajar secara self learning.

Sebenarnya , tugas guru akan menjadi lebih mudah lagi. Tranformasi penggunaan ICT juga amat pesat. Kalau dulu , kita didedahkan dengan penggajaran menggunakan powerpoint, exxel dan word, namun kini ia telah lebih jauh daripada itu. Internet kini telah memberikan ruang yang lebih besar daripada itu. Peralatan ICT yang menggabungkan penggunaan internet secara lebih canggih juga telah banyak dibangunkan untuk memudahkan tugasan guru di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh itu, saya telah memperkenalkan tagline penggunaan ICT sebagai:

ICT...
pantas..
Mudah..
Murah..
Melangkaui sempadan...



Dalam hal ini , apa yang pentingnya ialah, pengurusan sekolah mestilah mempunyai perancangan dan minat yang tinggi di dalam menyediakan kemudahan terutamanya prasarana dan peralatan untuk kemudahan guru-guru menggunakan ICT sepenuhnya. Kita harus berani mencuba sesuatu yang baru dan memberi kemudahan kepada para guru dan pelajar di dalam P & P dan pengurusan.

Di samping itu, para guru juga hendaklah sedia berubah dengan membuka minda dan sedia menggunakan kemudahan ICT untuk tujuan p & P dan pengurusan yang lain. Penggunaan e-mail, blog, web dan sebagainya pasti akan membantu. Seperkara yang saya cuba tekankan ialah soal e-document. Saya menekankan betapa perlunya kita menyimpan data dan dokumentasi melalui ICT terutamanya di dalam blog atau Web. Ini sudah pastilah sesuatu yang baru berbanding pergantungan kepada fail biasa semata-mata. untuk itu, di SMK TTJ, penggunaan blog ini sudah begitu meluas.

Di dalam ceramah ini juga , saya juga meminta para gru dan sekolah agar mengubah minda kita tentang 'ketakutan' dan ;kebimbangan' melampau kita terhadap bahawa keburukan yang ada di dalam internet sehingga membantutkan usaha untuk kita membudayakan penggunaan ICT secara meluas. Kita pasti tidak mampu mengawalnya secara menyeluruh. Apa yang penting ialah kita menguatkan aspek kerohanian pelajar dengan menerapkan unsur keagamaan yang akan membimbing mereka agar tidak lalai. Pengalaman di SMK Jelai Felda membuktikan bahawa kekuatan iman dapat membantu para pelajar daripada terjerebus ke dalam unsur negatif. Tidak ada sekatan yang dikenakan untuk mengakses internet, namun tiada pula laporan tentang para pelajar yang melayari laman laman terlarang ketika itu. Dan, kesan yang paling nyata ialah peratusan salah laku moral di sana hampir kepada TIADA kes!

Akhirnya , kita harus memastikan anak-anak didik kita tidak tertinggal di dalam dunia ICT. Perkembangan dunia ICT amat-amat pesat dan pelbagai. Kita juga tidak mahu hanya sekadar menjadi pemerhati kepada perkembangan pesat ini. Jadilah sebahagian daripada perkembangan ICT yang pesat dan hebat ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...