SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, January 12, 2012
MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 SESSI 2012
Bermula jam 7.15 pagi 5 JANUARI 2012, bermulalah hari baru bagi para pelajar tingkatan 4 dan 1 sekolah ini menjalani minggu Orientasi atau suaikenal selama 2 hari bagi memulakan sessi persekolahan 2012 pada tahun ini.
Bagi para pelajar tingkatan 4, walaupun hampir semua adalah terdiri daripada bekas pelajar tingkatan 3 pada tahun lalu, namun mereka juga perlu menjalani orientasi ini kerana sistem pembelajaran dan tahap pembelajaran bagi mereka juga telah berubah. Mereka juga perlu didedahkan dengan sukatan baru dan kaedah pembelajaran baru di tingkatan 4 ini di samping mengukuhkan lagi budaya sekolah yang perlu mereka patuhi demi kecemerlangan. Hapir seramai 356 orang pelajar menjlani orientasi ini yang diururkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Begitu jugalah bagi para pelajar tingkatan 1. Perubahan persekitaran, usia, teman sekolah dan budaya serta sistem pembelajaran dan tahapnya juga sudah jauh berubah. Kalau dahulu merelah golongan senior di sekolah , sekarang , mereka adalah golongan yang paling junior. Perubahan-perubahan ini memerlukan mereka melakukan penyesuaian di dalam menadaptasi perubahan -perubahan ini agar mereka tidak janggal dan tercicir.
Program minggu orientasi ini disusun rapi dengan pendedahan pelbagai aspek berkaitan alam persekolahan yang perlu mereka faham. Salin penerangan tentang pakej mata pelajaran, aspek kurikulum, Hem dan ko-kurikulum, budaya sekolah dan pemantapan minda juga diberikan penekanan.
Dalam ucaptama program, Tuan Pengetua telah menekan beberapa aspek asas dan penting di dalam menetapkan hala tuju dan fokus diri sebagai seorang pelajar. Tuan Pengetua telah menekan aspek penting seperti:
1. Tujuan belajar
2. Visi dan misis sekolah
3. Slogan kecemerlangan
3. Moto kecemerlangan
4. Sasaran pada tahun 2012
Di dalam tujuan belajar, Tuan pengetua telah menekan bahawa, antara tujuan belajar adalah:
1. Belajar sebagai suatu ibadah yang dituntut oleh agama. Ia bermakna setiap perlakuan dan tindakan ke arah itu akan mendapoat ganjaran pahala daripada Allah dan haruslah disertai dengan niat yang betul>
2. Belajar sebagai menunuaikan amanah- Amanah yang diberikan oleh Allah kepada ibu bapa untuk mendidik anak dan tugas anak-anak pula untuk memikul amanah ini dan menunaikannya. Gagal menunaikan amanah , kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan.
3. Belajar juga adalah sebagai membela maruah diri dan keluarga. Keluarga yang berjaya dan cemerlang sudah pastilah mempunyai kedudukan tinggi di dalam masyarakat.
4. Belajar juga adalah lambang kualiti diri. Allah menyatakan bahawa, : orang yang berilmu itu , diangkat kepadanya beberapa darjat" dan " manakah sama antara orang berilmu dengan tidak berilmu'. Itulah nilai kualiti diri sesaorang manusia.
Oleh itu, kita berharap agar para pelajar siap sedia fokus kepada tugas dan tanggungjawab dan mengambil tindakan ke arah menjadi insan yang cemerlang. Pelbagai kemnudahan disediakan di sekolah ini. Apa yang perlu dilakukan , hanyalah memanfaatkan segalanya untuk kecemerlangan diri.
Bagi pelajar tingkatan 1, Program Lonjakan Saujana (Akademik) akan dimulakan bermula pada tingkatan 1 pada tahun ini. Tidak ada masa bagi mereka untuk berbulan madu atau bersikap malas. Semuanya harus bersedia..InsyaAllah..kita pasti Berjaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment