SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 21, 2012

Merentas Desa SMK Tmn Tuanku Jaafar 19 Jan 2012












Hari ini berlangsunglah Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada tahun 2012 ini. Seawal jam 7.00 pagi para pelajar dan guru telah hadir ke sekolah dengan pakaian sukan dan bersedia untuk berlari. Ternyata semangat para pelajar dan guru -guru rumah pada tahun ini telah melonjakkan dengan hebat. Mereka berebut-rebut untuk mengambil bahagian demi kejayaan rumah sukan masing-masing. Semangat beginilah yang perlu dan penting untuk kita mencapai kejayaan seterusnya.

Program bermula dengan pelajar berkumpul di padang sekolah untuk pendaftaran dan melakukan aktiviti renggangan. Lebih kurang jam 8.30 pagi barulah pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing di pintu pagar sekolah. Jarak larian adalah sekitar 8 kilometer. Namun, ada pelajar yang berjaya tiba di garisan penamat dalam masa 15 minit perlumbaan berlangsung.

Keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Guru -guru dan pelajar yang bertugas sebagai peronda, penjaga check-point, dan keselamatan telah bersedia lebih awal bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan keselamatan pelajar dilindungi dengan baik. Acara melepaskan pelajar telah diagihkan kepada GPK Pentadbiran, GPk Ko-Kurikulum, Penyelia Petang dan Encik Uthama, Guru Disiplin.

Majlis penyampaian hadiah diadakan sekitar jam 11 pagi di ruang legar. Penyampaian hadiah dilakukan oleh GPK Ko-Kurikulum, GPK Hem, penyelia Petang dan Tuan Pengetua. Rumah Laksamana telah menjadi johan keseluruhan dan telah menerima Trofi Kejuaraan.TAHNIAH..! Tidak lupa juga, Guru rumah yang menjadi juara juga telah diberikan cenderamata sebagai menghargai usaha gigih mereka.

Kepada semua yang terlibat, Tahniah dan terima kasih diucapkan . Semoga kita akan lebih berjaya lagi pada masa hadapan. kepada semua juga, terutama peserta yang akan bertanding di peringkat daerah, agar bersedia daripada sekarang untuk persiapan ke peringkat daerah. Semoga dengan latihan yang betul dan berterusan kita akan mencapai kejayaan. Sesuailah dengan cogankata kecemerlangan kita pada tahun ini iaitu, "LONJAKKAN KECEMERLANGAN".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...