SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 23, 2011

TAHNIAH ...PMR 2011 , SMKTTJ TERUS CEMERLANG...







ALHAMDULILLAH....SYUKUR KE HADRAT ILAHI...

Sekali lagi, SMK TTJ mencatat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR 2011. Seramai 27 orang pelajar mencatat kejayaan semua A, berbanding 22 orang pada tahun lepas...Peningkatan juga berlaku di dalam peratusan kelulusan pelajar dan jumlah pencapaian pelajar cemerlang juga turut meningkat.

Bagi pihak sekolah, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berkorban dan melakukan usaha yang gigih untuk memastikan pencapaian cemerlang kita berterusan. Kepada para pelajar, kita ucapkan tahniah dan diharapkan agar mereka akan dapat meneruskan kecemerlangan untuk menghadapi SPM dalam masa 2 tahun lagi. Bagi pelajar yang kurang berjaya, diharapkan agar mereka tidak kecewa dan sebaliknya menguatkan semangat untuk bangkit dan menebus kekecewaan pada SPM nanti.

Kejayaan ini sebenarnya membuktikan bahawa kita mampu mencatat kecemerlangan. Semuanya tertakluk kepada usaha gigih dan keyakinan bahawa kita boleh mencatat kejayaan dan melakukan kejutan.

Walaupun kita berpuashati dengan pencapaian, namun, kita tidak boleh leka untuk mencatat kejayaan yang lebih hebat lagi. Bagi sessi 2012 ini, kita akan merancang program yang lebih jitu untuk menghasilkan kejayaan yang lebih hebat.

Bagi tahun ini , penyerahan slip peperiksaan kepada pelajar yang cemerlang telah dilakukan oleh Tuan pengetua di Bilik Konfrensi. Penyerahan slip kepada ibubapa dibuat sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan ibu-bapa yang telah banyak membantu kejayaan anak-anak. Maka itu, amat wajarlah ibubapa diberikan penghormatan utama untuk menerima slip kejayaan anak-anak mereka. Rata-rata , ibu bapa telah menjangkakan anak-anak mereka akan berjaya cemerlang. Ini membuktikan, keperihatinan ibu bapa dan menunjukkan ibu bapa mereka telah turut sama memberikan perhatian dan bimbingan yang berterusan dan memantau pencapaian dan aktiviti pembelajaran anak-anak mereka. Syabas ! buat ibubapa.

Kepada para pelajar, tahniah diucapkan sekali lagi. Mungkin ada di antara mereka yang akan meninggalkan sekolah ini dan menyambung pelajaran di sekolah lain yang ternama. Teruskanlah kecemerlangan dan bawalah nama baik sekolah kita di tempat baru. Buktikan bahawa kita setaraf dengan pelajar lain dan kita punyai kualiti yang sama dengan mereka. Buktikan kepada rakan-rakan dan adik-adik di tingkatan 2 dan 1 , bahawa di sini, kita juga mampu mencatat kejayaan cemerlang. Apa yang penting adalah usaha gigih dan keyakinan bahawa kita boleh berjaya.

Kita harap agar para pelajar juga jangan lupa akan jasa para guru yang telah membimbing mereka dengan gigih . Tanpa guru, kamu belum pasti akan berjaya! Berjumpalah dengan guru-guru anda dan ucapkanlah ucapan terima kasih kepada mereka. Hanya itulah kebahagiaan dan kepuasan hati seorang guru iaitu apabila anak didiknya berjaya dengan cemerlang!

Bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 sessi 2011, ambillah iktibar daripada keputusan PMR abang-abang kamu dan mulalah berusaha untuk mencipta sejarah kejayaan kamu.Bagi sekolah, kita akan menyediakan segala kemudahan dan bantuan untuk anda mencipta kejayaan cemerlang. Kini, hanya anda yang perlu memilih untuk berjaya atau menempa kegagalan. InsyaAAlah, kita berharap SMKTTJ akan terus cemerlang dan kita harap dan yakin akan mencapai kejayaan lebih hebat pada PMR 2012 nanti. InsyAllah...

3 comments:

MH said...

tahniah tuan.

PiercesouL said...
This comment has been removed by the author.
PiercesouL said...

salam tuan pengetua...tahniah atas kejayaan anak2 didik tuan.saya bangga dgn kempimpinan tuan dan staff2 smkttj.pagi tadi saya telah pergi ke smkttj utk urusan petukaran anak saya.alhamdulliah saya mendapat layanan yg baik. tapi ada satu isu yg menyedihkan saya,apabila saya memasuki perkarangan sek,saya dapati ada sekumpulan anak2didenda kerana lewat,apa yg menyedihkan saya,anak2tersebut disuruh duduk diatas jalan tempat laluan kereta guru2 saya rasa perkara ini tidak patut dilakukan,kerana tempat itu tidak sesuai utk diduduk.mungkin dari segi kebersihan.sbb saya rasa guru2 sendiri tidak pasti samada bersih atau pun tidak. saya harap dpt perhatian cikgu..dari ibu yg perihatin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...