SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, December 13, 2011

PEMERGIAN SEORANG SAHABAT...MOHD. EAIZAN 12 DISEMBER 2011




SMS yang masuk ke telefon pada jam 3.25 pagi 13 Disember 2011, ternyata membawa berita yang amat menyedihkan. Mohd. Eaizan, guru SMK Jelai Felda telah kembali ke rahmatullah..meninggalkan kita sebagai sahabat dan bekas staf semasa di Jelai Felda, selama 2 tahun 9 bulan yang lalu. Berita ini memang mengejutkan.

Beliau pergi meninggalkan kita semua pada usia yang masih muda iaitu 36 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Izan ( staf di PPD Tampin) dan 2 cahaya mata yang masih kecil berusia 5 tahun dan 3 tahun serta anak di dalam kandungan isterinya.

Saya sempat menghubungi beberapa rakan pada jam 4 pagi dan bergegas ke Hospital Besar Seremban sekitar jam 5 pagi. Jenazah arwah Eaizan selamat dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital sebelum dibawa balik untuk pengkebumian di Kota Bahru, Kelantan.

Cikgu Eaizan seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Beliau hanya bercakap perkara yang perlu , namun seorang yang mesra dan mudah bekerja. Di sekolah, arwah memegang tugas sebagai juru audit dalaman bagi akaun sekolah, juru gambar tetap, guru data, guru kadet dan penyelaras badan beruniform. Sumbanganya terhadap menaikkan semula pasukan badan beruniform terutama di dalam pertandingan kawad kaki, amat dihargai dan menjadi kenangan saya sebagai ketua di SMK Jelkai Felda. Masih teringat , sekitar tahun 2009, ketika pasukan KRS mewakili pertandingan di Port Dickson, beliau mengambil inisiatif membawa video recorder dan merakamkan pergerakan pasukan yang bertanding untuk tujuan pembelajaran. Pada tahun 2010, walaupun pasukan kawad kaki berusaha gigih di peringkat PPD Tampin, namun kita kalah kerana banyak melakukan perlanggaran peraturan. Tindakan seterusnya diambil untuk menggiatkan usaha memperbaiki prestasi . Pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011 , dengan bantuan beberapa orang guru lain, pasukan kawad kaki SMK Jelai Felda berlatih dengan gigih dan akhirnya menyapu bersih kejohanan peringkat PPD pada tahun 2011.

Kegigihan beliau bekerja memperlihatkan kehadiran beliau di sekolah hingga petang hari dan jarang sekali melaihat beliau balik awal. Kegigihan beliau berterusan walaupun seringkali tidak sihat disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya. Namun, beliau ternyata seorang yang kuat semangat. Kegigihan bekerja kadang-kala menyebabkan beliau mengabaikan seketika kesihatan beliau...

Beliau juga merupakan Pengerusi BAKIS(Badan Kebajikan Kakitangan dan guru) sekolah. Menerusi pentadbiran beliau , BAKIS mampu bergerak maju dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Saya seringkali berbincang dengan aewah untuk tujuan kemajuan BAKIS dan arwah ternyata seorang yang proAktif.

Berita terakhir saya terima, permohonan arwah untuk berpindah ke Tampin untuk hampir dengan keluarga telahpun diluluskan dan bakal hadir di SMK Tuanku Syed Idrus pada 1 Januari 2012 nanti. Namun, takdir Allah menentukan dan arwah telah terlebih dahulu dijemput oleh Penciptanya..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Buat keluarga, harap bersabar menerima ketentuan dan dugaan Ilahi...Takziah buat keluarga, Puan Izan dan anak-anak..al fatihah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...