SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 23, 2011

SELAMAT BERSARA- PUAN JUHAINI..













DETIK JAM 5 PETANG, 23 DISEMBER 2011, menjadi hari bersejarah buat Puan Juhaini, Staf SMKTTJ yang mengakhiri perkhidmatannya sebagai penjawat awam. Detik bersejarah ini dirakamkan apabila beliau memasukkan kad perakam waktu buat kali terakhir sebelum menanamatkan perkhidmatan awam beliau dengan rasmi dengan disaksikan bersama oleh Tuan Pengetua, GPK 1, KPT dan rakan-rakan dari kalangan guru dan kakitangan pejabat yang lain. Bagi pihak sekolah, Tauan Pengetua, mengucapkan "SELAMAT BERSARA", buat Puan Juhaini disamping mendoakan kesejahteraan dan kebahagian di samping keluarga tersayang.

Puan Juhaini, sebenarnya mengambil keputusan untuk bersara awal disebabkan oleh kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagai antara kakitangan terawal sejak sekolah ini dibuka, beliau telah banyak menyumbang tenaga membangunkan sekolah hinggalah ke hari terakhir perkhidmatannya. Sudah pastilah banyak kenangnan dan jasa yang telah ditaburkan sehingga menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang disegani kini.

Turut menyambut persaraan beliau ialah suami tersayang. Kasih sayang dan penghormatan tinggi si suami terhadap isteri, jelas bukan hanya terpancar melalui riak wajah yang riang, malah menjemput beliau dengan kereta yang dihiasi dengan riben seolah-olah menyambut pengantin baru!... Semoga beliau akan terus dilimpahi kebahagiaan berterusan pada sepanjang usia persaraan ini.

Puan Juhaini, kakitangan pejabat N22, ditugaskan untuk membantu Pusat Sumber Sekolah. Penempatan beliau di PSS adalah di atas permintaan beliau sendiri dan untuk mengurangkan bebanan masalah kesihatan beliau. Ternyata beliau telah mampu menyumbang khidmat yang cemerlang...

Buat Puan Juhaini...SELAMAT BERSARA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...