SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, February 27, 2011

KARNIVAL NASYID DAN MOTIVASI UST. NAZREY JOHANNY (KUMPULAN RAIHAN)
















PADA 26 Febuari 2011 yang lalu, berlangsunglah Karnival Nasyid dan Motivasi SMK Jelai felda kali ke 2. Program ini adalah lanjutan daripada program yang dimulakan pada November 2010.

Pada kali ini , program Karnival nasyid ini berkonsepkan gabungan pertandingan nasyid, titpan ilmu dan motivasi. Program kali ini juga menampilkan artis jemputan kita iaitu Ustaz Nazrey Johanny, bekas penyanyi utama kumpulan Raihan (kini bergerak secara solo), yang turut memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir. Program pada hari ini diselang-selikan antara pertandingan nasyid oleh 14 kumpulan nasyid yang terdiri daripada para pelajar sekolah ini, info fakta berkaitan agama , yang berupa petikan maksud Al-Quran dan Hadis , serta motivasi dan persembahan lagu oleh Ustaz Nazrey johanny. Pada hari ini juga Ustaz Nazrey Johanny telah menyampaikan sejumlah 10 buah lagu, daripada album solonya dan lagu-lagu hit daripada kumpulan Raihan dahulu.

Ternyata, kehadiran Ustaz Nazrey telah menyuntik semangat para pelajar ini untuk bertanding. Pada awalnya , hanya terdapat 8 kumpulan yang bersetuju untuk mengambil bahagian, namun pada saat akhir ia bertambah menjadi 14 pasukan. Rata-rata persembahan mereka menyakinkan dan penuh dengan kreativiti. Ia diakui oleh Ustaz nazrey yang ternyata kagum dengan kreativiti dan mutu suara serta persembahan sebahagian kumpulan tersebut.

Ustaz Nazrey juga ternyata seorang motivator yang bijak. Beliau dapat menarik perhatian pelajar dan ditambah lagi denngan dendangan lagu beliau yang sungguh merdu. Ternyata pelajar tidak bosan walaupun isu yang ditimbulkan adalah isu biasa seperti menjadi anak yang soleh, soal maruah diri, solat dan kewajiban menjadi hamba Allah yang baik serta peranan pelajar dan ibu bapa dalam memberikan perhatian terhadap pelajaran. Pihak sekolah amat berbesar hati dan syukur di atas kesudiaan beliau hadir ke SMK Jelai Felda.

Bagi pihak sekolah , saya merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru, PIBG, Ibu bapa yang hadir serta para pelajar yang memberikan kerjasama yang hebat. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam di bawah bimbingan Ustazah Fatimah Silong selaku Kutua Bidang, Ustazah Sepiah, selaku Ketua Panitia dan Ustaz Tizal Kemis, selaku penyelaras dan pemimpin BADAR yang telah memberikan kerjasama yang amat cemerlang. Semoga jasa baik guru-guru dibalas Allah dengan keberkatan. Terima kasih kepada PIBG yang telah memberikan peruntukan untuk menjayakan program ini.

Sekalung tahniah juga kepada Ustaz Nazrey Johanny di atas kesudian beliau ke sini menerima undangan dan juga kepada Pengurus beliau , Saudara Zulkhairi, yang juga rakan saya yang sudi menerima pelawaan saya membawa ustaz Nazrey ke Jelai Felda dengan memberikan kemudahan yang 'special' !. Perancanga sedang diatur untuk menjayakan program bersamaa antara BADAR dan Ustaz Nazrey untuk berduet di dalam program yang akan diberitahu kelak . InsyaAllah...

Diharapkan , program ini akan berterusan pada setiap tahun. Moga-moga dengan hasrat untuk menerapkan jiwa keislaman dan membawa pelajar ke arah seni berteraskan Islam akan tercapai. moga-moga roh keislaman terlekat jua disanubari para pelajar di SMK Jelai Felda ini dan seterusnya akan dapat membentuk sahsiah Islamiah di kalangan mereka....seperti petikan dari lagu nasyid:

"berhibur tidak salah
kerana hiburan itu adalah indah
Cuma ia menjadi salah
jika disalahguna"

UTAMAKANLAH HIBURAN YANG MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...