SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, February 24, 2011

SELAMAT BERSARA CIKGU JEEVA...






Hari ini Encik Jeevaratnam, guru Bahasa Inggeris sekolah ini menamatkan perkhidmatan sebagai guru kerana berpencen.

Sepanjang perkhidmatannya di bawah saya selama hampir 3 tahun, saya dapati beliau seorang yang mempunyai semangat dan komitmen yang amat tinggi. Beliau sentiasa mengambil langkah pro-aktif dan sentiasa cepat menyahut saranan dan idea yang dikemukakan.

Pada tahun lalu, beliau bersama dengan isterinya iaitu Puan Mary telah menjadi guru kelas Tingkatan 3 UPM, telah menunjukkan komitmen yang sungguh hebat. Kelas tersebut telah menjadi kelas yang pertama sekali menjadi johan dalam pertandingan kelas terbaik dalam pertandingan mingguan. Kelas ini juga telah mengadakan beberapa inovasi dan pembaharuan hasil cetusan idea oleh Encik Jeeva dan Pn. Mary. Gandingan mereka berdua juga telah membolehkan semua yuran dapat dikutip dengan sempurna.

Sebagai pengendali Bilik SAL, beliau telah membuat beberapa pembaharuan dan hiasan yang menarik sehingga menjadikan suasana bilik berkenaan cantik dan selesa. Antaranya ialah beliau menyumbang bunga dan hiasan dinding dari wang saku mereka sendiri. Beliau juga adalah guru pertama yang meletakkan gambar beliau sebagai pengendali bilik SAL di luar bilik berkenaan untuk pengetahuan umum pelajar.

Salah satu keistimewaan Encik Jeeva ialah beliau adalah di antara orang yang palin awal sampai di sekolah, seawal jam 6. 45 pagi!. Beliau juga akan menjadi orang yang paling awal tiba di lokasi perkhemahan pada setiap kali siri perkhemahan diadakan. Saya teringat peristiwa semasa perkhemahan di Asahan Melaka pada tahun 2010. Beliau telah terus tiba ke lokasi dari sekolah pada hari Jumaat dan sampai di situ sebagai orang pertama tiba. Beliau juga turut berada di situ sehingga tamat perkhemahan selama 3 hari.

Kenangan yang pasti tidak saya lupakan adalah ketika pertama kali tiba di sekolah ini dan beliau telah berjumpa saya untuk berbual. Pada ketika -ketika beliau seolah-olah berasa tertekan dan kerap berasa sedih. Namun alhamdulillah..sejak hari berkenaan beliau terus ceria sehinggalah pada hari terakhir perkhidmatannya.

Bagi pihak sekolah dan seluruh warga SMK Jelai Felda, kami ucapkan , SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA CIKGU JEEVA AKAN TERUS BAHAGIA DAN SIHAT SELALU.....Jasa dan Bakti cikgu akan tetap jadi kenangan indah buat kami di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...