SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, February 17, 2011

LAWATAN BENCHMARKING SMK DATO SEDIA RAJA KE SMK JELAI FELDA






ALHAMDULILLAH....Lawatan dari SMK Dato Sedia Raja , Rembau ke SMK Jelai felda akhirnya terlaksana pada hari ini.

Rombongan seramai 8 orang guru , yang diketuai oleh Puan Sopiah ( Ketau Bidang Teknik dan Vokasional) selamat sampai ke perkarangan sekolah pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Bagi SMK Jelai Felda , kita berasa amat berbesar hati di atas kesudiaan pihak beliau datang untuk menjalin perhubungan dan berkongsi maklumat dan pengalaman yang ada di sekolah ini.

Kita melihat bahawa, lawatan ini memberi peluang kepada kita untuk berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kecemerlangan kita lagi selain sebagai satu pengikhtirafan di atas segala hasil usaha dan kecemerlangan yang kita bina dan usahakan. Sebagai sebuah sekolah yang bercita-cita besar ke arah Sekolah Cemerlang, lawatan seperti ini merupakan suatu yang perlu dan kita berasa amat bertuah.

Dengan lawatan ini kita juga telah melengkatkan segala keperluan untuk kita bergelar Sekolah Cemerlang. Hanya tumpuan kini harus kita berikan kepada peningkatan pencapaian akademik.

Kehadiran rombongan telah disambut oleh Pengetua, GPK dan Ketua-Ketua Bidang sebelum dibawa mendengar taklimat perjalanan sekolah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri.

Selepas sessi taklimat , rombongan di bawa ke Pusat Sumber Sekolah dan telah diberikan taklimat oleh Guru Media dan Perpustakaan iaitu Puan Siti Aishah . Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dan Ke Kedai Kek dan Roti PPKI untuk menikmati jamuan ringan. Di sini , rombongan dihidangkan dengan menu roti dan kek yang dikeluarkan oleh Kedai Kek dan Roti PPKI.

Seterusnya lawatan beredar ke Anjung Juara, iaitu bangunan yang menempatkan semua koleksi hadiah dan piala kemenangan dan kecemerlangan sekolah di dalam pelbagai bidang. Terasa sejuk ketika berada di ruang Anjung Juara, hasil udara nyaman daripada penghawa dingin yang baru saja dipasang pada petang semalam. Seterusnya rombongan bergerak ke Makmal Komputer untuk melihat program-program yang berkaitan dengan komputer. Antaranya ialah blog-blog masjid gug usan Jelai Felda yang disediakan oleh para pelajar kita melalui program Imarah Masjid Melalui ICT. Blog-blog panitia dan Unit-unit termasuklah blog pengetua juga ada dipertontonkan. Selain itu , rombongan juga dibawa melihat pameran ThinkQuest dan PBL serta School Got Talent , yang mana SMK Jelai Felda mencipta nama dan kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Lokasi akhir yang dilawati ialah Surau Al Hidayah SMK Jelai Felda. Alunan nasyid daripada kumpulan nasyid BADAR menghiburkan para tetamu di sana. Seterusnya tayangan multimedia menjelaskan lagi program dan koloberasi sekolah dengan komuniti yang berlangsung di bawah Panitia Pendidikan Islam. Lawatan tamat sekitar jam 1.30 tengahari dan berakhir dengan jamuan makan tengahari di Kantin.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan anggota rombongan dari Rembau dan berharap akan berjumpa lagi di dalam kesempatan lain. Terima kasih dan syabas buat semua guru dan pelajar yang terlibat di dalam program sambutan lawatan ini .

Akhir kata, "apa yang baik bawalah sebagai kenangan dan ingatan, dan apa yang kekurangan kongsikan kembali dengan kami untuk kami perbaiki demi mencipta kejayaan"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...