SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, March 14, 2010

TAHNIAH...PELAJAR CEMERLANG SMK JELAI FELDA














TAHNIAH...kepada pelajar yang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah terutamanya para guru yang telah bertungkus lumus membantu kejayaan pelajar. Walaupun pencapaian dari segi GPS kita menurun, namun peningkatan jumlah pelajar yang mencatat kejayaan 4A hingga 8A, amatlah memuaskan. Pada tahun 2008, kita hanya ada 5 orang pelajar yang berada pada tahap tersebut, namun pada tahun 2009, bilangannya meningkat sekali ganda! Tahniah!

Namun, peperiksaan kali ini memberikan gambaran bahawa, kita perlulah berusaha dengan lebih gigih lagi. Pendekatan yang berbeza dan lebih berfokus harus dilaksanakan oleh para guru. Bagi pelajar yang kurang berkeupayaan, mereka mestilah mengubah sikap terhadap pelajaran. Mereka perlu lebih fokus dan serius dalam pelajaran. Sikappelajar yang suka ponteng sekolah, ponteng kelas dan tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran di dalam kelas , akan hanya merugikan pelajar. Pelajar juga perlu menghapuskan sikap ambil mudah terhadap peperiksaan yang dilaksanakan. Peperiksaan adalah penentuan kejayaan di dalam pelajaran. Jika sikap tidak hadir peperiksaan, tidur, atau keluar sebelum waktu peperiksaan tamat, ia akan hanya merugikan pelajar.

Pada tahun 2009, hampir 12 orang pelajar yang tidak hadir ke sekolah (ada yang telah bekerja, berkahwin atau dibuang sekolah) telah hadir menduduki peperiksaan! Hasilnya..semua mereka ini gagal! Inilah salah satu punca yang menarik GPS kita menurun! Itu tidak termasuk pelajar yang hanya hadir beberapa kertas sahaja dan keluar dalam masa 10 minit peperiksaan bermula! Inilah dilema kita !

Kita doakan pada tahun ini, kita akan lebih berjaya. Para guru dan anak-anak didik sekelian...marilah kita tanamkan tekad untuk kita berusaha sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan dan bangun daripada kekecewaan ! Semoga semangat kita tetap tinggi...'ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG MAMPU BANGKIT SETELAH DIA GAGAL DAN MENCATAT KEJAYAAN ..." Semoga kita adalah 'ORANG 'itu..

1 comment:

Nurhayati Alias said...

maisarah abdullah... 2 kwn sy sme2 plkn.. i'm proud of u.. congrats!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...