SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, March 14, 2010

PENTAULIAHAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA TINGKATAN DAN PEN. KETUA TINGKATAN 2010..












PADA 10 mac 2010,yang lalu telah dilangsungkan majlis pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan bagi sessi 2010-2011. Majlis diadakan di Dewan Bestari SMK Jelai Felda dan telah dirasmikan oleh Ketua BalaiPolis Gemas, Cif inspektor Tuan Anuar. Turut hadir adalah Encik Haironozam Maarof (Pen. PPD Tampin), YDP PIBG, Encik Abdullah (Pegawai PKG Gemas).

Majlis ini adalah tradisi tahunan sebagai memberi penghormatan dan penghargaan kepada pengawas dan ketua tingkata dan penolong ketua tingkatan terbabit. Tahun ini pembaharuan dibuat dengan melibatkan pentaulian ketua dan penolong ketua tingkatan juga. Dengan ini diharapkan mereka akan berasa bangga dan berasa jasa mereka juga dihargai. Hakikatnya memang begitu. Ketua dan Penolong ketua Tingkata sebenarnya mempunyai peranan dan tugas yang penting dalam membantu sekolah bersama-sama dengan Pengawas sekolah dan Pengawas PSS dalam memantapkan disiplin pelajar dan menerapkan budaya cemerlang kepada semua pelajar.

Bagi pengawas sekolah, mereka adalah tunggak utama yang akan membantu sekolah dalanm melaksanakan visi dan misi sekolah. Pengawas berada di barisan hadapan dalam menjadi model dan memastikan pelajar lain akur dengan kehendak sekolah. Memang tugas mereka sukar dan akan sering berhadapan dengan cabaran. Namun, sebagai pemimpin pelajar, mereka mestilah sudah memahami tugas berkenaan dan bersedia menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang ada. Anggaplah ini sebagai asas dan batu loncatan untuk kita lebih cemerlang dan berjaya sebagai pemimpin di peringkat yang lebih tinggi nanti.

Bagi pengawas PSS, tanggungjawab mereka amat besar. Sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mencatat kejayaan cemerlang menjadi PSS terbaik di peringkat negeri, memerlukan komitmen yang tinggi. Pengawas harus terus bersama guru, menyumbang idea dan menyumbang tenaga ke arah tersebut.

Di samping itu, diharapkan sebagai pemimpin di sekolah ini, mereka semua mestilah mampu menjadi model kepada pelajar lain. Kecemerlangan di dalam akademik, sahsiah, disiplin dan ko-kurikulum menjadi kayu ukur penghormatan semua warga sekolah yang lain terhadap anda! Anda harus sentiasa di hadapan di dalam semua bidang...Harus ada, A TOWERING PERSONALITY'...iaitu personaliti unggul yang menjadi ikutan semua pelajar lain...

TAHNIAH..kepada guru-guru yang terlibat..Encik Nurhaslin Mokkmin & Pn. Siti Aisyah (PSS), Cik Pani Malar & Encik Shahrul (Pengawas Sekolah), dan semua guru tingkatan serta semua pentadbir yang turut sama menyumbang jasa ke arah kejayaan program ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...