Mulai tahun ini semua pertukaran guru sama ada pertukaran antara negeri, antara daerah dan dalam daerah , akan dilaksanakan melalui sistem E-Tukar sepertimana pertkaran antara negeri pada tahun-tahun sebelumnya.
Tarikh pertukaran masih lagi sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.
Permohonan bagi pertukaran 1 Jun 2010, adalah sebelum atau pada 20 Mei 2010 dan bagi bulan Disember adalah pada bulan Oktober. Permohonan mestilah dilakukan oleh guru sendiri dan disahkan hanya oleh pengetua sahaja.
Bagi pertukaran bulan Jun 2010 ini, mungkin sukar untuk dipenuhi kerana sekarang ini berlaku kekurangan guru yang banyak dan sukar untuk mendapatkan pengganti. Kemungkinan permohonan tidak disokong lah..
Ha..ha..Mungkin adalah yang berhajat nak berpindah tu..Memohon untuk berpindah boleh..hak individu..isi saja borang..Kelulusan..itu hak sekolah lah pula..
Sebenarnya pertukaran guru ini banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada setengah kategorp guru yang perlukan syarat -syarat tertentu. Contohnya:
1. Guru MPV- ini golongan guru yang amat sukar untuk bertukar, Bilangan calonnya amat terhad dan optionnya juga kurang...peratusan lulus..amat kecil..
2. Guru SBB -perlu dapat kelulusan daripada Bahagian Sekolah KPM...
3. Pengetua...lagi susah...he..he..tengok kekosongan...
Bagi SMK Jelai Felda, setiap tahun memang ada yang mohon bertukar...sebabnya ..nak balik kampung dan mengajar di sekolah yang terhampir dengan rumah..
Bagi saya, mana-mana pun kita bekerja, yang pentingnya kita selesa dan seronok! Jauh pun ada hikmahnya..jauh berjalan...luas pandangn! Di SMK Jelai Felda ini sebenarnya ada banyak potensi yang tidak ada di sekolah lain. Ada banyak kejayaan yang boleh dicipta dan ada banyak peluang untuk terus meningkat! ANDA BOLEH BERJAYA DI SINI..
Tetapi kalau dah nak pindah juga ,,,apa boleh buat..!
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMULA BUAT ANAK-ANAK JELAI DAN RAKAN SEKERJAKU...
5 comments:
yeaa... leh minta ni. huhu
Isi borang tak salah...boleh..tengok lulus atau tidak aje lah..he..he
Teringin juga rasanya nak isi borang tukar.
Rasanya peluang tipis sebab saya guru data kecualilah ada pengganti saya nanti.
Saya memang suka di sekolah sekarang cuma agak jauh dari rumah dan sukar uruskan anak-anak.
Salah ibu WaWa...
Boleh cuba memohon. Guru data hanyalah lantikan yang dicadangkan oleh pihak sekolah. Boleh diganti oleh orang lain...
Dah 4 tahun minta tukar tapi tak pernah berjaya.guru mpv tapi tak mengajar mpv nak tukar ikut suami pun payah.sukar urus anak-anak sendiri.
Post a Comment