SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, March 4, 2010

ALUMNI SMK JELAI FELDA...












Sekaluung tahniah kepada alumni SMK Jelai Felda yang telah memberikan komitmen untuk membantu memajukan sekolah. Pihak alumni yang telah menghubungi saya dan menyatakan rasa terpanggil untuk membantu adik-adik di SMK Jelai Felda ini, memang sesuatu yang saya tunggu-tunggu.

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh alumni sekolah dalam membantu sekolah dan pelajar-pelajarnya. Alumni sebagai bekas pelajar yang telah tamat sekolah dan berjaya dalam bidang masing-masing boleh menjadi penyuntik semangat kepada pelajar sedia ada untuk mencapai kejayaan. Sekurang-kurangnya pelajar ini akan sedar bahawa walaupun sekolah ini berada di felda, jauh dari bandar besar, tetapi, ia telah mampu melahirkan pelajar-pelajarnya yang hebat dan berjaya. inilah yang sentiasa ditekankan di sekolah. Pelajar harus punyai kekuatan mental dan berjiwa besar untuk berjaya. Banyak kejayaan telah dicipta di sekolah ini. Namun kadang-kala, generasi atau pelajar sedia ada ini tidak begitu 'nampak' akan kehebatan dan kejayaan tersebut. Oleh itu, alumni adalah model kepada kejayaan dan kehebatan tersebut dan itulah hendak kita tonjolkan kepada pelajar-pelajar di sini.

Saya berharap agar alumni sekolah ini dapat tampil ke sekolah dan berbincang ke arah kemajuan sekolah khususnya kejayaan adik-adik di sekolah ini. Sekolah sentiasa bersikap terbuka, membuka seluas-luasnya pintu kerjasama dan penglibatan masyarakat dan agensi atau badan tertentu yang mempunyai cita-cita melihat kejayaan anak bangsa di Jelai ini. Ini selaras dengan konsep 'memasyarakatkan sekolah dan menyekolahkan masyarakat' yang kita amalkan di sekolah ini.

Sebenarnya kita telah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO seperti Muslim Aid Asia, Muslim Aid Malaysia, Perimu, Mains, Uniten dan sebagainya. Kita juga telah mempunyai rakan koloberasi dengan sekolah di Bandung , Indonesia melalui projek Thinkquest. Usaha sedang dilakukan untuk mengadakan lawatan ke Indonesia bagi memulakan hubungan 2 hala antara SMK Jelai Felda dan SMA di Bandung.

Tahniah kepada Alumni dan kami menanti kedatangan anda semua...


Hazlin Ramli
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling ) UTM
SPM 1996


Sheh Yackop b. Abd KArim
Ahli Geologi,Petronas
SPM 1996

Mohd Zulmi b. Nuruddin
Guru
SPM 1997



mohd idham bin aziz, spm 2000,
pembantu perubatan klinik kesihatan gemencheh n.9




NOORASHIKIN ABD. RASHID
Kerjaya : GIS executive @ Mapinfo (M) Sdn Bhd
Tarikh Blaja : Form 1 (1994) and SPM (1998)
Kelulusan : Diploma Ukur Tanah '00 dr Polisas and Degree GIS from UTM'07


JUWAINI BINTI MOHAMAD RASHID
(1998-2000)FORM 3-FORM 5
kerjaya: ASSISTENT DENTAL SURGERY........
ARMY......

2 comments:

elynn.. said...

tahniah kepada cikgu atas usaha dan keprihatinan memajukan anak-anak jelai...sebenarnye di dalam senarai FB ex student lebih daripada 100 org yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing..tetapi saya perlukan sedikit masa utk kumpul sume...insyaallah s akan usahakan..

omar said...

T. kasih...elynn

Saya amat hargai respon positif daripada Alumni semua..gambar2 Alumni yang ada telah sedang di'frame'kan dan akan digantung di 'Galeri Kejayaan' di ruang hadapan tangga ke pejabat untuk motivasikan adik2 yang ada di sini..T. kASIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...