SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, March 23, 2020

MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020

Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG  kali ke 32 , SMK Senawang pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj. Azam Bin Hamzah, pada 29 Fenbuari 2020 yang lalu.

Pada tahun ini , kehadiran para penjaga juga adalah tidak ramai. mungkin ia berpunca daripada kesibukan ibubapa yang terpaksa menghadiri majlis perkahwinan yang banyak pada setiap hari hujung minggu. Walaupun begitu, majlis tetap berjalan dengan lancar dan tamat di dalam tempoh masa yang dijangkakan.


Mesyuarat pada kali ini juga berjalan dengan lancar. Para ibubapa telah bersetuju untuk melantik semula kesemua AJK asal dengan sebulat suara. Hanya AJK yang telah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dan tidak menghadiri sebarang mesyuarat sahaja yang digugurkan. Permilihan AJK berlansung cukut pantas dan tanpa sebarang masalah.

Suatu perkara yang pasti, saya melihat keseluruhan para ibubapa telah menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang jitu terhadap pengurusan sekolah di dalam membimbing dan membantu kejayaan anak-anak mereka di dalaam bidang pelajaran, sahsiah dan kokurikulum. Mereka  memberikan sokongan padu kepada setiap usaha pihak sekolah untuk memastikan keselamatan, keselesaan , kejayaan akademik dan disiplin anak -anak mereka yang baik, sebaik mereka keluar daripada sekolah ini.

Mereka juga telah melahirkan rasa kagum dan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha para guru yang sanggup bekorban masa dan tenaga mengadakan kelas -kelas tuisyen secara percuma pada hampir setiap hari serta pada hujung minggu.  program-program sekolah , terutamanya yang berkaitan dengan akademik , sangat menarik minat dan kekaguman mereka.

Sebenarnya , inilah yang diperlukan oleh sesebuah sekolah untuk maju. ibubapa perlu memberikan sokongan, kepercayaan dan yakin terhadap setiap usaha sekolah di dalam memberikan didikan yang sempurna kepada para pelajar.

Diharapkan agar SMK Senawang akan terus cemerlang dan dapayt mencipta kejayaandi dalam setiap aspek.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...