

Pihak JPNNS telah diwakili oleh KPP Bahagian Perancangan Dasar dan PPD iaitu Tuan Hj. Rohadie Bin Salim .
Program ini bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat pada jam11 pagi.



Di dalam ucapannya , beliau sempat menitipkan tips-tips persediaan menghadapi peperiksaan dan panduan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut. Beliau juga menyeru agar para pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan ibubapa serta mendapatkan keredhaan daripada kedua ibubapa serta para guru agar dipermudahkan segala usaha.
Majlis juga di serikan lagi dengan ucapan ringkas oleh Tuan pengetua yang mengingatkan para pelajar supaya terus berusaha sehingga tamat hari peperiksaan serta terus berdoa agar segala hasrat akan tercapai. Tuan Pengetua mengingatkan bahawa peperiksaan SPM yang diadakan di dalam 2 sessi ini sebenarnya memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengkaji kelemahan di dalam kertas-kertas jawapan pada fasa pertama ini dan bertindak memperbaikinya pada fasa kedua ini.

Program berakhir sekitar jam 12 .00 tengahari.
No comments:
Post a Comment