SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, April 15, 2019

PROGRAM BICARA PENTADBIR BERSAMA 5UKM, 15 APRIL 2019

Program Bicara Pentadbir kali ini melibatkan perjumpaan di antara Pengetua bersama Guru-Guru mata pelajaran  dan pelajar-pelajar 5UKM.
Ini adalah kali kedua saya bertemu dengan pelajar-pelajar ini hasil permintaan oleh guru-guru mata pelajaran mereka dan guru tingkatan yang menzahirkan rasa  bimbang dan sedih dengan sikap sebahagian pelajar di kelas ini yang kurang bersemangat , walaupun sebenarnya mereka ini amat berpotensi untuk mencipta kecemerlangan. Ini memandangkan mereka ini asalnya adalah daripada pelajar  kelas terbaik semasa mereka berada di tingkatan 3.
Kali ini , kita memberi peluang semua pihak iaitu guru-guru subjek dan pelajar  berhadapan dan berterus-terang meluahkan isi hati masing-masing dan menyatakan harapan serta hasrat mereka untuk mencari jalan ke arah mencapai kejayaan buat pelajar -pelajar ini. Hasil perbincangan dan pertemuan ini , dihasratkan akan membuka minda para pelajar-pelajar untuk berusaha, mengenalpasti kelemahan dan kesilapan mereka , serta mengambil langkah-langkah segera untuk memperbaiki keadaan.

Bagi para guru pula , mereka,  selain dapat meluahkan isi hati mereka terhadap sikap pelajar , mereka juga dapat mendengar sendiri pandangan oleh pelajar terhadap kaedah pengajaran  mereka, yang dikehendaki oleh pelajar.

Pengetua akhirnya telah memberikan ulasan dan rumusan hasil daripada perbincangan ini dan merangka usaha untuk memastikan semua pandangan dan cadangan yang mampu meningkatkan pencapaian pelajar ini, akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Pengetua juga telah meminta para pelajar mengamalkan budaya belajar yang betul untuk mencapai kejayaan. Antara kelemahan yang dapat dirumuskan hasil perbincangan ini adalah:


 1. Pelajar tidak ada budaya belajar dan perancangan belajar yang betul. Niat untuk berjaya tidak disertai dengan usaha ke arah kejayaan tersebut. Contohnya, jadual belajar di rumah, peruntukan masa belajar yang cukup pada setiap hari dan target pencapaian yang tidak dipatuhi.

2. Sikap malas dan bertangguh menunggu saat akhir untuk belajar menyebabkan pelajar stress apabila terlalu banyak perkara hendak disiapkan dan akhirnya pelajar tertinggal.

3. Sikap tidak fokus terhadap pengajaran guru di dalam kelas, dan menganggap mudah terhadap sebahagian subjek, sedangkan subjek itulah yang mampu memberikan pencapaian tertinggi kepada mereka.

4. Adab belajar yang tidak betul. Seperti kata Ustazah Rahayu, " sebelum kamu nak mendapatkan 'A' bagi sesuatu subjek, dapatkan 'A' untuk Adab.
Untuk memudahkan ilmu masuk, setiap orang, guru yang memberikan ilmu dan pelajar yang menerima ilmu mestilah ikhlas dan bersedia . Justeru itu, pelajar mestilah fokus dan memberikan tumpuan dan minat terhadap ilmu yang diajar dan patuh kepada arahan guru.

5. Kekurangan latihan yang membolehkan pelajar lebih faham akan segala ilmu yang diajar, tidak dilakukan oleh pelajar. Ini adalah perkara yang paling asas untuk dilakukan oleh setiap pelajar dan penuntut ilmu. Latihan lah yang akan memantapkan sesuatu ilmu itu. Tanpa latihan , ilmu dan pengetahuan tidak akan mudah difahami dan diingati.

6. Pelbagai gaya pengajaran perlu dilakukan oleh guru, mengikut individu pelajar. Kesimpulannya, pelajar mahukan guru yang tegas di dalam pengajaran. Ini adalah tugas yang berat bagi sesaorang guru. Di dalam kelas yang mempunyai bilangan belajar yang ramai, untuk mengubah stail pengajaran bagi menyesuaikan dengan setiap individu pelajar, adalah suatu cabaran tugas yang sukar.

7. Kesimpulannya, budaya dan adab di dalam menuntut ilmu perlu diamalkan oleh setiap penuntut ilmu. Kita sebagai penuntut ilmu harus sentiasa menjadikan guru kita sebagai contoh dan panduan. Komitmen, pengorbanan yang tinggi harus melebihi komitmen dan pengorbanan guru yang mengajar. Jika kita mahukan kejayaan, kita harus berusaha dan memastikan kita berjaya mencapainya. Dalam hal ini sudah pastilah semangat belajar yang jitu harus ada terlebih dahulu. Kenali hala tuju, apa yang kita mahu dan bagaimana cara mendapatkannya. Itu seharusnya ada pada setiap mereka yang mahukan kejayaan.

Pihak sekolah memang meletakkan harapan tinggi kepada pelajar-pelajar ini. Sebagai kelompok ke 4 terbaik, mereka diletakan harapan untuk meraih sebanyak mungkin bilangan A di dalam setiap subjek untuk melonjakan GPS sekolah. Semoga dengan pertemuan ini akan dapat membuka minta dan memberikan inspirasi kepada kejayaan para pelajar ini. Ingatlah kata-kata hikmat yang terpapar di dewan sekolah  dan dinding bangunan sekolah kita:

MALAS  -  TERTINDAS

LAMBAT  -  TERTINGGAL

TAK MAHU  -  MATI










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...