SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, October 21, 2013

KEHEBATAN IBUBAPA SMKTTJ...SEBAGAI PENCERAMAH SARANA DI SMK PUTERI-19 OKT 2013

 TAHNIAH DAN SYABAS!

Inilah kehebatan program Sarana yang telah mencapai kemuncak kejayaannya di SMKTTJ....

Encik Azlan shaari dan Encik Dzulkarnain, yang  merupakan panjaga kepada pelajar di sekolah ini telah membuktikan betapa mereka mampu menjadi penyumbang kepada kecemerlangan sekolah dengan cara dan sumbangan yang hebat iaitu turut menjadi penceramahan kepada taklimat Sarana di sekolah-sekolah .

Pada 19 okt 2013 , yang lalu , beliau berdua telah dengan rela hati dan di atas kesedaran akan tanggungjawab membantu menaikkan nama sekolah telah menerima undangan untuk menyampaikan taklimat Sarana di SMK Puteri Seremban, tanpa diiringi oleh seorang guru pun.

Kejayaan mereka ini bukan sekadar membuktikan kejayaan sebenar Sarana tersebut, namun ia juga membuktikan bahawa mereka sebagai ibubapa telah benar-benar menghayati maksud dan intipati di dalam program Sarana tersebut.

Bukan suatu yang mudah bagi seorang penjaga untuk mewakili sekolah menyampaikan program yang besar seperti Sarana ini kepada ibu bapa dan guru daripada sekolah lain.  Tidak ramai ibubapa yang sanggup dan berani melakukannya. namun , ternyata kedua-dua bapa kepada pelajar sekolah ini , mampu melakukannya kerana merasa terpanggil untuk membantu sekolah.  Tahniah dan Syabas!

Sebenarnya , ini bukanlah kali pertama ibubapa di sekolah ini diberikan kepercayaan untuk bersama pihak sekolah untuk menyampaikan taklimat dan maklumat berkaitan Sarana kepada orang luar.. Namun . sebelum ini mereka hanya menyampaikan taklimat di sekolah dan menjadi pembantu kepada Pewngetua di dalam sessi taklimat yang dijalankan oleh Tuan Pengetua.

Namun, peristiwa hari ini  menjadi hebat dan menjadi sejarah , kerana mereka sendiri yang melaksanakan dan menjadi peneraju utamanya.

Saya teringat kata-kata Timbalan Ketua Pengarah KPM, Datuk Dr Khir semasa melawat  Program sarana di sekolah ini yang mengharapkan pada suatu hari nanti, segala urusan penerangan dan taklimat mengenai Sarana akan dijalankan oleh penjaga dan justeru itu lawatan oleh pihak luar boleh berlaku pada waktu persekolahan kerana ia tidak akan melibatkan para guru.

Hakikatnya, segala impian beliau itu, telahpun terlaksana dan 2 minggu  selepas lawatan beliau itu, Encik Dzul telahpun menyampaikan taklimat kepada pengunjung lawatan ke program Sarana di sekolah ini dan kini semua taklimat di kelas-kelas dan sessi soaljawab telah dijalankan oleh penjaga berkenaan.

Ternyata, Sarana suatu rahmat buat SMKTTJ....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...