SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Saturday, August 27, 2011
IFTAR JAMAIE.BERSAMA IMAM MUDA FATAH DAN UST. HUSAINI AKADEMI AL-QURAN 2011
ALHAMDULILLAH...pada 23 Ogos 2011 , bersamaan dengan 23 Ramadhan yang lalu , program Berbuka Puasa / Iftar Jamaie SMK Taman Tuanku Jaafar telah dilangsungkan dengan tetamu khas iaitu Imam Muda Fatah dan Ustaz Husaini, Naib johan Akademi Al-Quran 2011. Turut hadir adalah YDP PIBG Encik Abdul Hamid Yaakub dan Encik Ridzuan dari PTPL , Seremban. Encik Ridzuan juga mewakili PTPL telah sudi menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 20 orang pelajar anak yatim dan miskin pada majlis yang sama.
Majlis ini juga turut diserta oleh 70 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas dan penerima sumbangan zakat daripada PTPL Seremban.
Pada majlis ini para guru telah sudi menyumbang wang dan juadah untuk berbuka puasa. Majlis berlangsung dengan meriah dan dalam suasana kekeluargaan. Majlis seperti ini pernah diadakan beberapa tahun dahulu, namun kemudiannya terberhenti oleh beberapa sebab. Pada tahun ini , majlis ini diwujudkan semuala yang antara lain bertujuan untuk:
1. Menanamkan budaya bersedekah khusus sempena bulan ramadhan yang berkat ini.
2. Melahirkan rasa kekitaan dan teamwork di kalangan guru dan kakitangan.
3. Merapatkan hubungan antara guru sesama guru dan juga dengan pelajar dan
kakitangan.
Pada majlis ini juga pihak sekolah telah mengundang 2 orang remaja hebat iaitu Imam Muda Fatah dan ustaz Husaini , Naib Johan Akademi Al Quran untuk berbuka puasa bersama dan seterusnya bersama-sama di dalam majlis solat maghrib, solat Isyak dan Tarawih. Pada selang masa menunggu isyak selepas maghrib, ustaz husainijuga telah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan sungguh merdu dan mengkagumkan. Kemerduaan alunan suara dan bacaan Qiraat Ustaz Husaini, membuatkan semua hadirin senyap penuh kekaguman. Tujuan kita menjemput beliau memperdengarkan bacaan Al-Quran ini juga adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya di dalam membudayaan bacaan Al-Quran di dalam kehidupan mereka.
Imam Muda Fatah juga telah sudi menyampaikan Tazkirah bertajuk Ramadaha dan kecemerlangan. Di dalam tazkirahnya, Imam Muda Fatah mengingatkan kita tentang keperluan kita mengambil peluang didalam bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan keimaman dan menambah pahala apatah lagi pada malam-malam 10 hari terakhir Ramadhan ini. Ternyata, tazkirah yang disampaikan mampu menarik minat dan perhatian para tetamu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan siumbangan zakat daripada PTPL yang disempurnakan oleh Encik Ridzuan, Pengurus PTPL Seremban.
Ternyata program pada malam tersebut berjaya dengan cemerlang.Diharapkan pada tahun hadapan , kita akan mendapatkan kehadiran dan penglibatan penuh semua guru . Program ini juga dapat dimurnikan dengan lebih baik lagi , InsyaAllah pada tahun akan datang,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment