Satu perkara yang tidak dapat kita nafikan adalah betapa mudah dan bermanfaatnya kita menggunakan ICT di dalam kehidupan seharian kita dan urusan kerja kita. Banyak alatan ICT yang diperkenalkan pada masa ini dan ia sudah mencapai tahap kecanggihan yang tinggi. Daripada teknologi telefon bimbit ke I-Phone, Komputer dan banyak lagi gadget-gadget yang memudahkan kehidupan kita pada hari ini. Namun seperkara yang ingin saya kongsikan dengan semua adalah tentang kemudahan penggunaan blog untuk tujan dokumentasi bahan dan program di samping sistem fail dan perekodan maklumat melalui kaedah biasa.
Kaedah penggunaan blog telah diperkenalkan dan diaktifkan sejak berada di SMK Jelai Felda dengan tujuan pendokumentasian secara dalam talian. on-line. Ketika itu, kita berhadapan dengan isu dokumentasi yang kurang efektif. Banyak program dan aktiviti yang dibuat , tidak dapat didokumentasikan melalui sistem laporan bertulis. Adakalanya pula, fail-fail menyimpan maklumat ini sukar diakses dan tidak lengkap atau menarik kerana kebanyakannya mengunakan kaedah penulisan sahaja tanpa gambar sebagai bahan eviden kepada program berkenaan. Justeru , penggunaan blog diwajibkan bagi tujuan berkenaan.
Bagi di SMK Jelai felda, kita memperkenalkan dan mewajibkan setiap panitia, kelab permainan dan badan beruniform mengadakan blog mereka masing-masing. Berkaiatan dengan tujuan dokumentasi, kita menggalakkan agar setiap unit mendokumentasikan setiap program mereka di dalam blog masing-masing. Saya juga mengambil inisiatif sendiri untuk turut merakamkan program yang saya ada kesempatan di dalam blog saya ini. Oleh itu, hampir setiap program yang diadakan di sekolah akan dapat didokumentasikan secara online oleh setiap unit tanpa menunggu sesaorang untuk merakamkannya atau mencari bahan daripada setiap orang sebelum dapat merakankan peristiwa dan program yang diadakan. Bagi jawatankuasa dokumentasi sekolah, mereka kini hanya perlu melayari blog-blog yang ada dan membuat salinan terus daripada blog-blog berkenaan. Justeru ia akan memudahkan kerja. Satu perkara yang pasti, jawatankuasa ini tidak perla lagi untuk menaip laporan lagi. Mudahkan ..!
Pengalaman yang benar-benar memberikan kesan terhadap betapa pentingnya e-document ini ialah semasa saya berusaha mendapatkan dokumen program dan rekod pada tahaun 2008 yang lalu. Setelah pening memikirkan bagaimana cara untuk saya mendapatkannya, teringat pula saya kepada bahan di dalam blog saya ini. Saya terus merujuk kepada blog dan akhirnya berjumpa dengan bahan tahun 2008 yang saya kehendaki...
Bagi tujuan memantapkan pelaporan atau dokumentasi melalui on-line, bebarapa ciri utama pelaporan kini telah ditekankan kepada semua blogger unit-unit yang ada di SMK Taman Tuanku Jaafar.. Penekanan kepada setiap pelaporan mestilah ada:
1. Program atau majlis berkenaan
2. Tarikh/ hari/ tempat
3. Tetamu Utama/ Kehadiran/ penglibatan
4. Tujuan/ Objektif Program
5. Aktiviti
6. Impak
Beberapa orang rakan daripada beberapa sekolah lain juga telah menunjukkan minat di dalam membangunkan ICT di sekolah-sekolah mereka. InsyaAllah, dengan kerjasama semua , saya pasti pembudayaan ICT ini di sekolah-sekolah akan menjadi lebih hebat dan segar.
No comments:
Post a Comment