SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, March 28, 2011

TAHNIAH...SPM 2010 CEMERLANG!




TAHNIAH! .. kepada semua guru dan pelajar-pelajar khususnya pelajar SPM 2010 yang telah menyahut cabaran sekolah untuk merealisasikan"LONJAKKAN KECEMERLANGAN" sekolah sepertimana cogankata kita pada tahun 2010 yang lalu.

Peningkatan yang ditunjukkan di dalam GPS amat mengkagumkan! Pada tahun lalu kita telah mencapai GPS 6.02 berbanding pencapaian 2009 iaitu 6.81. Pencapaian ini adalah suatu peningkatan yang paling besar di kalangan sekolah-sekolah di PPD Tampin.Ternyata kita mampu bangkit daripada kekecewaan pada tahun 2009. Setelah kita berjaya meningkatkan GPS pada tahun 2008 (6.54) berbanding 2007 (6.68).

Pada tahun ini juga kita telah membuktikan strategi kita iaitu, 'melonjakkan kecemerlangan dan mengurangkan kegagalan' telah membuahkan hasil yang hebat. Kita berjaya meningkatkan GPMP dan peratus kelulusan hampir dalam semua subjek dan dengan perubahan yang besar. Peningkatan GPS dalam semua mata pelajaran hampir berjumlah 1 mata dan ada subjek yang meningkat sehingga 3 mata GPS.

Kita juga berjaya mengurangkan bilangan dan peratusan pelajar gagal minimum 50% daripada SPM 2009. Antara subjek yang menunjukkan pengurang kegagalan yang besar ialah:

Sejarah 108 (2009) kepada 55 (2010)
Bahasa Inggeris 145 (2009) kepada 77 (2010)
Pend. Islam 64 (2009) kepada 21 (2010)

Antara strategi kita yang nampak membuahkan hasil ialah dengan mengadakan kelas tambahan awal iaitu bermuala bulan Jun 2010 setiap hari sebelum waktu balik selama 1 jam bagi semua tingkatan. Objektif kelas ini adalah untuk memastikan pelajar kelas lemah mendapat bimbingan dan latihtubi sebelum tamat peperiksaan percubaan iaitu sekitar bulan september. Sukatan pelajaran yang ditamatkan seawal Julai juga memberikan ruang latihtubi yang banyak kepada pelajar. Kita juga berjaya memujuk calon-calon SPM 2010 untuk hadir ke kelas gerakgempur selepas peperiksaan percubaan.

Cuma apa yang kita berasa agak terkilan ialah, pencapaian pelajar cemerlang kita tidak begitu hebat. Sesuatu harus kita lakukan dan membuat kajian semula terutamanya dengan memikirkan program khusus buat pelajar cemerlang kita. Saya yakin semua guru di SMK Jelai Felda mempunyai idea ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Apapun tahniah buat semua. Teruskanlah usaha gigih anda. Sesungguhnya anda telah membuktikan kehebatan anda dan anda telah menjadi sebahagian daripada sejarah kecemerlangan SMK Jelai Felda...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...