SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, February 15, 2010

KONVOKASYEN PUTERAKU -MUHAMMAD FARHAN BIN OMAR AL-HAFIZ











ALHAMDULILLAH... tanggal 13 Febuari 2010, yang lalu merupakan hari yang amat besar maknanya buah kami sekeluarga, setelah putera kami Muhammad Farhan bin Omar akhirnya menamatkan pengajiannya di Institut Tahfiz Al-Quran (ITQANS). Majlis hari ini mengimbau semula kenangan 8 tahun lalu, ketika saya mula-mula menghantarnya untuk temuduga kemasukan ke ITQANS. Temuduga yang diadakan di Maahad Ahmadi, Gemencheh pada bulan puasa. Oleh kerana kami tinggal di Seremban, terpaksalah keluar dari rumah seawal selepas subuh untuk sampai di Maahad sebelum jam 8 pagi.

Sepanjang perjalanan, dia sentiasa tidur kerana mengantuk. Sesekali saya memanggil-manggil namanya dengan tujuan memintanya menghafal beberapa surah sebagai persediaan untuk temuduga. Tetapi, apabila melihatkan dia lena di dalam tidurnya , saya hanya membiarkan, sambil mendoakan agar dia berjaya di dalam temuduga itu.

Memang suatu yang tidak diduga, memandangkan memang tidak ada di kalangan ahli keluarga kami yang berlatarbelakangkan sekolah agama, minatnya untuk mengikuti pengajian tahfiz ini, merupakan suatu rahmat dan hadiah dari Allah yang maha besar.

Sepanjang temuduga berlangsung, saya hanya berdoa agar dia berjaya!

Sekembalinya dari temuduga, saya bertanyakan kepadanya, "Kalau tak dapat masuk ITQANS ni, abang (panggilannya di rumah)masih nak masuk tahfiz ke?"
Dia menjawab, "masih nak!" Oleh kerana kenyakinan saya untuk dia berjaya dalam temuduga itu agak kurang, memandangkan dia tidak mempunyai asas sekolah agama (hanya belajar di sekolah harian biasa), saya memohon untuk temuduga di sekolah Tahfiz Assadiyah. Oleh kerana, temuduga sebenar sudah melepasi tarikhnya, dia ditemuduga seorang diri oleh pengetua sekolah berkenaan.

Memang mungkin sudah dipilih oleh Allah, dia berjaya di kedua-dua temuduga tersebut!

Dari situlah bermulanya pengajiannya di pusat tahfiz berkenaan. Demi rasa kesyukuran yang amat tinggi terhadap Allah, kami sentiasa memberikan tumpuan kepadanya termasuklah , sentiasa melawatnya hampir setiap minggu. Kami juga sentiasa menhantarnya balik setiap kali balik bercuti! Selama 8 tahun, kami yakin Allah telah membalasnya dengan anugerah kejayaan anak kami ini!...Syukur Ya Allah...Alhamdulillah...

Namun, Allah Maha Berkuasa dalam menentukan segala-galanya... Pada hari konvokasyen puteraku ini , aku tidak dapat menghadirinya kerana pada hari yang sama juga sekolahku mengadakan sukan tahunan sekolah!...Konvokesyen yang pada awalnya dijadualkan pada 6 Febuari 2010, ditunda pada saat akhir setelah Menteri Besar Negeri Sembilan yang akan menyampaikan anugerah tidak dapat hadir pada hari berkenaan dan memohon pinda pada 13 Febuari 2010. Sukan sekolahku yang dirancang awalnya pada 11 Febuari 2010, terpaksa pula dipinda pada 13 Febuari 2010, iaitu pada hari yang sama dengan konvokesyen berkenaan!...Namun sempat juga aku hadir setelah tamat majlis dan menjemputnya balik disamping sama-sama 'memunggah" barang-barangnya untuk dibawa balik...

Apa pun aku tetap bersyukur....Emaknya lebih menjadi pilihan Allah untuk bersamnya di sepanjang majlis tersebut dan menikmati detik-detik indah hasil usahanya yang begitu tinggi selama ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...