SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, February 24, 2010

500 Sekolah Taraf Lima Bintang -SMK JELAI FELDA TERUS CEMERLANG..



TAHNIAH DAN SYABAS!...Kepada semua warga SMK Jelai Felda di atas kejayaan cemerlang ini... Kita berjaya di atas keyakinan dan komitmen untuk mencapai kejayaan. Usaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan slogan'KITA MEMANG HEBAT' ternyata berhasil dengan kejaayaan ini. Kita menjadi satu-satunya sekolah Felda (100% pelajar dari anak peneroka Felda) yang berjaya mencapai tahap 5 BINTANG di dalam penilaian sekolah Bestari Malaysia. Tahniah sekali lagi kepada semua guru dan pelajar khususnya kepada unit ICT yang diketuai oleh ENCIK NORHASLIN yang telah membuktikan kemampuan kita di peringkat tertinggi. Kecemerlangan ICT di sekolah ini sudah pun banyak menepa kejayaan seperti menjadi JOHAN THINKQUEST KEBANGSAAN pada 2009 yang lalu.

Harapan, agar kita terus mempertingkatkan penggunaan ICT di sekolah ini dan memikirkan aspek innovasi berasaskan ICT yang lebih cemerlang untuk kita terus menempa kejayaan di peringkat tertinggi. Saya yakin, berkat KESUNGGUHAN, ILTIZAM DAN KOMITMEN yang tinggi yang bertunjangkan kepada kepercayaan bahawa 'KITA MEMANG HEBAT'...InsyaALLAH...KITA PASTI BDERJAYA..

Dipertutunkan di sini kerata berita tentang kejayaan sekolah kita...


500 Sekolah Taraf Lima Bintang
Selasa, 23 Februari 2010 14:55 azalan

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.
"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.
Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini. Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu. Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.
"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.
"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.
Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.
( Negeri Sembilan -6 buah sekolah mendapat 5 bintang, SDAR, Kolej Tunku Kurshiah,Sek Sains Tuanku Jaafar,Sek.Tunku Besar Tampin, SMK Jelai (F) dan SMK Dato’Sedia Raja )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...