SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, September 23, 2009

SMK JELAI -BERUBAH WAJAH LAGI






Alhamdulillah... berkat doa semua warga sekolah dan ibubapa, SMK Jelai Felda mendapat pembangunan yang telah sekian lam dinantikan. Pertamanya, pembinaan pentas perhimpunan (tambahan) yang dapat menyelesaikan masalah guru-guru perempuan yang terpaksa 'menyelit ' di tepi longkang semasa perhimpunan. Sekarang, mereka sudah 'duduk sama rendah dengan guru lelaki'.

Kita juga mendapat projek pembinaan bilik ketua bidang yang baru di blok B. Semoga dengaan bilik yang baru, selesa dan ada 'privacy' akan menambahkan semangat ketua-ketua bidang dalam merancang program akademik dengan lebih drastik dan rancak lagi.

Astaka di padang juga sudah diganti atapnya dan berubah wajah sedikit. Kita ucapkan terima kasih kepada PPD Tampin dan Unit Pembangunan JPNS, Khususnya Encik Azmi , yang tidak jemu-jemu melayan permintaan kita . Semoga semua ini akan meningkatkan semangat semua warga sekolah untuk lebih cemerlang.

3 comments:

ekonomiasas said...

beberapa pandangan saya jika ada ruang untuk dilaksanakan....

1. Bilik tayang perlu ditambah kerana bilik tayang sedia ada sekarang tidak lagi dapat menampung penggunaan guru untuk p&p

2. Bilik ABM/BBM.supaya tempatnya di'centralize'kan - tidaklah bilik guru kelihatan 'berserabut' seperti sekarang.

omar said...

Terima kasih, memang ada perancangan iu. InsyaAllah, jika kewangan kita bagus , dapatlah dilaksanakan. Saya merancang juga untuk dipasang penyaman udara di surau dan lengkapkan kemudahan seperti Bilik Tayang di situ. Sekurang-kurangnya boleh jadi serampang 2 mata. Di samping dapat digunakan untuk aktiviti P & P , dapat juga ditarik jiwa pelajar kita ke surau.Ruang lain, belum ada untuk bilik tayang khas. Bilik BBM/ABM sepatutnya di aras bawah dan dekat dengan bilik guru. Kita akan cuba lihat lokasinya.

omar said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...