SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, September 21, 2009

Majlis Khatam Al-Quran-






Alhamdulillah seramai 100 orang pelajar telah turut serta dalam program ini dan majlis telah diadakan pada 11 September 2009, sempena Majlis Iftar Ramadan peringkat sekolah. Ucapan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menyertainya dan menjayakan program ini, khususnya kepada ustaz dan ustazah serta guru-guru lain yang turut sama. Apa yang membanggakan ialah melihat kumpulan pelajar-pelajar BADAR yang segak dengan pakaian mereka dan bersungguh-sungguh menjayakan program ini.

Pada sebelah malamnya diadakan majlis Iftar Ramadan, solat tarawih yang diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Sheikh Sayyed Abdul Latiff dari ITQANS yang amat mengasyikkan bacaannya. Turut diselitkan dengan tazkirah ramadan oleh saudara Mustakim dari ITQANS. Tetamu pada malam itu terdiri daripada guru-guru, pelajar, PIBG, pengurusan Felda, jemputan dari ITQANS (PAKSI) dan ibu bapa.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, penghargaan kepada semua guru pendidikan islam dan bahasa arab, terutamanya ustaz rizal yang telah berjaya menubuhkan BADAR.Memang jelas lagi nyata manfaatnya. Tahniah juga kepada para pelajar yang telah menjadi ahli BADAR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...