KERTAS CADANGAN PROGRAM WAKAF ANJUNG KOMUNITI
DI SMK SENAWANG 70450 SEREMBAN
1.Pendahuluan
SMK Senawang (SEMSE) merupakan sebuah sekolah harian
di Seremban yang telah di bina pada tahun 1990. Terletak di tengah Taman Marida,
Senawang, SMK Senawang telah ramai melahirkan para pelajar yang berjaya dalam bidang
akademik mahu pun bukan akademik. Bagi meneruskan kecemerlangan tersebut, kami
warga SMK Senawang akan terus bekerja tanpa mengenal erti jemu dan berputus asa
sampai bila-bila, insya Allah. Justeru para guru, kaki tangan serta ibu bapa memerlukan
sokongan sama ada dari segi mental, spiritual, material, kewangan dan prasarana
agar usaha ke arah kecemerlangan mendidik pelajar akan terus berlangsung.
Memandangkan institusi sekolah sering dikunjungi orang ramai khususnya ibu bapa,
penjaga dan pihak luar untuk pelbagai urusan, warga SEMSE bercadang untuk membina
sebuah anjung yang akan menjadi tempat menungguyang selesa bagi mereka.
Bagi merealisaikan impian tersebut,
pihak sekolah akan melancarkan tabung wakaf bagi mengumpul dana dan dalam masa
yang sama bagi membolehkan orangramai, ibubapa, pihak korporat dan sesiapa sahaja
berwakaf dan menderma. Anjungini juga akan menjadi tempat menunggu para pelajar
dan sebagai tempat duduk para guru semasa perhimpunan bagi sesi pagi dan petang
serta tempat mempamerkantrofi dan hadiah kecemerlang diperolehi para pelajar,
guru dan sekolah sejak penubuhannya hingga kini serta akan datang.
LATAR BELAKANG PROJEK WAQAF ANJUNG KOMUNITI
Smk Senawang adalah sebuah sekolah yang telah lama.
Bangunannya adalah mengikut rekabentuk lama dengan mengalami masalah kekurangan
ruang.
(i) Ruang pejabat sedia ada adalah terlalu sempit.
Ruang pejabat sekolah tiada bilik cetakan yang luas bagi menempatkan mesin
razor dangn photastat, tiada bilik stor untuk menempatkan peralatan stationary
dan tiada bilik fail rasmi sekolah.
(ii) Ruang yang sempit ini juga menyebabkan
pihak sekolah tidak dapat menempatkan kesemua pengurusan sekolah pada satu
tempat yang sama ( ketika ini mereka bertaburan di blok-blok lain). Keadaan ini
menyukarkan urusan pentadbiran sekolah dan tidak dapat menjaga kebajikan mereka
sebagai pentadbir sekolah.
(iii) Sekolah ini juga tidak mempunyai ruang
pameran kecemerlangan sekolah untuk dijadikan tatapan para pelajar dan ibubapa
sebagai motivasi kepada mereka dan kenyakinan kepada pencapaian sekolah. Segala
piala dan sijil kecemerlangan kini tersimpan di bilik dokumentasi dan pelajar
serta komuniti dan penjaga tidak mempunyai akses kepada piala-piala dan sijil
kecemerlangan ini. Jadi , kami berhasrat untuk meletakkan semua piala dan sijil kecemerlangan ini di ruang
anjung komuniti ini agar mereka dapat melihatnya dan menjadikan ia sebagai
motivasi kecemerlangan.
(iv) Sekolah ini juga tidak mempunyai ruang
khusus bagi dijadikan tempat perjumpaan ibubapa dan komuniti dengan warga
sekolah khususnya seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia di dalam Program Sarana Sekolah dan Sarana Komuniti. Bilik guru seringkali dijadikan tempat
pertemuan dan ini menimbulkan rasa kurang selesa para guru dan ibubapa dan
komuniti juga.
Justeru itu, kami berhasrat untuk:
(i)
memindahkan pejabat
sedia ada ke bilik mesyuarat/ balai Wacana yang lebih luas.
(ii)
menempatkan bilik
wacana di bilik dokumentasi (yang menjadi mengandungi piala dan sijil
kecemerlangan sekolah.
(iii)
Memindahkan semua
piala dan sijil pencapaian sekolah ke Anjung Komuniti yang bakal dibina dan
menjadikannya sebagai Galeri Kecemerlangan Sekolah.
(iv)
Mewujudkan ruang
pertempuan bagi warga sekolah bersama ibubapa dan komuniti di Anjung Komuniti .
(v)
Menjadikan Anjung
Komuniti sebagai ruang santai pelajar menelaah pelajaran dengan suasana yang
menyeronokkan dan selesa.
(vi)
Menjadikan Anjung
Komuniti sebagai ruang guru-guru duduk semasa perhimpunan dan juga sebagai
ruang pelbagai guna untuk seluruh warga sekolah.
(vii)
Mewujudkan
persekitaran baru dan imej baru sesuai dengan hasrat memberikan ‘penjenamaan
baru ‘ bagi SMK SENAWANG.
Justeru ini dengan wujudnya waqaf ini ia akan dapat
mengatasi banyak masalah yang wujud di sekolah ini khususnya yang berkaitan
dengan kelicinan dan kelancaran pengurusan sekolah.
TUJUAN:
Kertaskerja
ini adalah bertujuan untuk mendapatkan dana melalui sumbangan orangramai, warga
sekolah, dan pihak-pihak tertentu untuk menampung kos pembinaan waqaf ini.
OBJEKTIF
Anjung Komuniti
SEMSE ini berfungsi sebagai:
1.Menjadi tempat menunggu
para pelajar, ibubapa, penjaga dan orang ramai semasa di sekolah.
2.Menjadi ruang
tempat duduk para guru semasa perhimpunan harian.
3.Menempatkan galeri
kecemerlangan sekolah yang akan menempatkan hadiah dan trofi yang dimenangi
warga sekolah
untuk tujuan motivasi kepada para pelajar dan komuniti.
4.Memberi peluang dan
kesempatan kepada penderma membuat amal jariah.
Justeru itu, saya memohonlah bantuan dan sumbangan para penderma yang budiman untuk menyumbang di dalam merealisasikan projek ini.
Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ini adalah sebuah sekolah yang mempunyai bentuk dan susunan bangunan yang berbentuk lama ( berselerak). Isu yang saya dapati di sini ialah ketiadaan ruang untuk diwujudkan ruang pertemuan para ibubapa dengan anak-anak atau guru atau tempat bagi para pelajar belajar atau berehat.
Pada masa ini, pertemuan di antara pelajar dengan guru berlaku di dalam bilik guru sahaja. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan di kalangan guru yang memerlukan masa untuk urusan peribadi mereka. Justeru itu , dengan adanya anjung ini akan mewujudkan ruang bagi tujuan sebegitu.
Bagi pihak sekolah, kami telah mengambil beberapa langkah perlu untuk mendapatkan dana untuk merealisasikan projek ini. Buat masa ini, pihak Tan Seri M. Kayveas, penasihat Kerajaan di Kementerian Kerjaraya sudah menjanjikan bantuan sebanyak RM10 000.00. Jumlah ini sudah tentulah masih jauh daripada keperluan sebanyak RM150 000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Lima Puluh Ribu) .
Justeru itu, sumbanglah kepada tabung ini demi kecemerlangan Pendidikan Sekolah ini.
No comments:
Post a Comment