SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, March 24, 2016

Aktiviti menjaga kesihatan...Menyertai Larian 7KM di Kuala Lumpur RoadtoMarathon..12 Mac 2016

 Ramai orang yang berkata bahawa antara nikmat yang paling berharga adalah nikmat sihat.

Kesihatan memang tidak dapat dibeli, malahan tidak ternilai. Tambahan pada usia sebegini, menjaga kesihatan ,sudah menjagi sesuatu yang amat perlu. Namun perlu jugadiingat agar kita melakukannya mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Tidak boleh lagi macam zaman kegemilangan masa muda dahulu..

Kini, saya cuba menyertai pelbagai aktiviti larian yang diadakan bagi menjaga kesihatan. Di samping memastikan masa bersama dengan keluarga. Kesihatan dan kebahagian terutamanya bersama keluarga memang perlu dan menjadi ramuan penting untuk memastikan kita sentiasa sihat.

Menyertai aktiviti seperti ini juga adalah sebagi suatu dorongan dan motivasi diri untuk sentiasa berlatih dan bersukan. Kalu dahulu, saya berlatih secara aktif selama 2 ke 4 jam sehari untuk menjaga kecergasan senagai pengadil bolasepak, kita saya cuba pastikan saaya akan berlatih sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

 Lokasi larian saya ialah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi iaitu pada waktu malam selepas isyak. Saya terpaksa lakukannya pada waktu sebegini, kerana, inilah saja waktu lapang dan kesempatan yang ada.

Kerapkali menghabiskan waktu di pejabat sehingga lewat petang , memang sukar untuk meneruskan dengan berlatih pula di padang. Saya perlu berehat sebentar dan oleh itu, saya memilih untuk turun berlatih pada sebelah malam. Ada juga rakan-rakan yang mengatakan , berlatih pada waktu malam, tidak begitu baik, namun, apabila dibandingkan kebaikan dan keburukannya daripada tidak langsung berlatih, saya terpaksa meneruskan latihan pada waktu malam. Tambahan pula dengan cuaca panas melampau sekarang ini dan bahaya strok haba yang menakutkan, maka, saya kira malam adalah masa yang paling sesuai dan selamat.

Sebagai guru dan pentadbir sekolah yang terpaksa menghadapi cabaran pendidikan terkini yang sangat hebat, kita juga memerlukan kecergasan dan tubuh badan yang sihat untuk menghadapi suasana kerja yang mencabar. Justeru itu,




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...