SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, September 7, 2016

GOTONG -ROYONG CLASSROOM MAKEOVER YTL FROGVLE-7 SEPT 2016

Hari ini , Program Gotong Royong menyiapkan kerja-kerja mengecat bilik FrogVle Classroom Makeover telah selamat disempurnakan dengan bantuan dan kerjasama  bersama 15 anggota RAMD Kem Taman Tuanku Jaafar , bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Turut hadir membantu adalah guru-guru , termasuk Tuan Pengetua sendiri, Cik Khalila, Cikgu Roslan, Cikgu Roslidawati, Ustazah Rafeah, Ustazah Rahayu serta ibu-ibu Sarana dan YDP PIBG iaitu Kol Hj. Samsirudin.

Kerja-kerja mengecat pada hari ini meliputi bahagian dalam bilik darjah serta bahagian luar kelas dengan berpandukan corak warna dan susunan warna yang telah ditetapkan oleh pihak YTL sendiri.

Alhamdulillah, kerja-kerja mengecat dapat disempurnakan pada jam 5.00 petang.

Kejayaan program gotong royong ini adalah bukti kesungguhan setiap warga sekola dan ibubapa serta komuniti setempat di dalam menyediakan kemudahan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia juga adalah bukti kejayaan program Sarana yang begitu sinonim dengan nama SMKTTJ.

Selepas ini , kerja-kerja sentuhan terakhir terhadap bilik ini akan diadakan sebelum ia menerima kamasukkan meja dan kerusi serta alat penghawa dingin yang akan disumbangkan oleh pihak YTL sepertimana yang dijanjikan di dalam perjanjian bersama sebelum ini.

Aktara aktiviti yang akan diteruskan di bilik ini  ialah: pemasangan LCD, softboard di bahagian depan dan belakang kelas, pemasangan TV atau skrin bersain 8 kaki lebar, kipas dan beberapa eksosari tambahan yang akan menjadikan bilik ini amat selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini , pihak sekolah khususnya PIBG akan menampung sebahagian kos pemasangan beberapa alatan dan kemudahan tertentu dan pihak YTL pula akan menyumbangkan kerusi dan meja serta alat pendingin hawa. InsyaAllah, setelah kerja-kerja mengecat dan pemasangan softbord ini siap disempurnakan, pihak sekolah akan menerima pula kerusi dan meja tersebut. InsyaAllah juga, program memasang kerusi dan meja ini juga akan diadakan secara gotong royong..

Kewujudan bilik ini akan menyediakan ruang pembelajaran ICT yang sangan kondusif dan selesa buat para pelajar. Guru-guru sudah pasti berasa bangga kerana ini merupakan suatu lagi kemudahan canggih di dalam program ICT yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Pastinya guru-guru diharap agar dapat memanfaatkan semaksima mungkin segala kemudahan dan keselesaan yang ada di bilik ini bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokan sesuai dengan pendidikan Abad ke 21 yang sering disarankan penggunaanya secara meluas. Bagi komuniti pula , bilik ini akan menjadi 'one stop centre' bagi komuniti terlibat di dalam program sekolah dan menggunakan kemudahan ini untuk kemajuan komuniti khususnya di dalam usaha menyebar luas pengetahuan dan kemahiran ICT di dalam kalangan masyarakat yang seterusnya akan membantu mengembangkan kemahiran dan pembelajaran anaka-anak mereka. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan jalinan antara sekolah dan komuniti seperti yang disarankan di dalam anjakan ke 9 PPPM iaitu Sarana Ibubapa dan Sekolah.

Pihak sekolah akan terus berusaha menjadikan SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang terbilang dari segi penerapan kemahiran ICT di dalam pembelajaran dan menyediakan prasarana ICT yang serba lengkap.

Penambahan capaian internet yang lebih laju dan pemasangan LCD di semua kelas adalah menjadi visi sekoalh di dalam pemodenan ICT di sekolah ini. Diharapkan dalam tempoh 5 tahun lagi, semua kelas di SMKTTJ akan dilengkapkan dengan kemudahan LCD bagi kemudahan perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 secara menyeluruh...InsyaAllah...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...