Pertambahan minat pelajar dan strategi aggresif unit VLE Frog di dalam memperluas dan memperkembangkan kaedah pendididkan VLE inii menyebabkan berlakunya 'kesesakan' penggunaan makmal komputer di sekolah ini.
Makmal komputer kita kini sentiasa penuh dengan guru-guru yang membawa para pelajarnya ke makmal ini untuk p d P berasaskan VLE ini. Penggunaan Cromebook pada tahap maksimum , menyebabkan ada pelajar yang terpaksa duduk di lantai makmal dan di merata sudut makmal. Ada ketikanya juga , 2 kelas terpaksa digabungkan untuk menampung keperluan penggunaan VLE ini.
Sekolah ini hanya mempuanyai satu bilik makmal berkapasiti 40 unit komputer bagi menampung 1500 pelajar, 110 orang guru dan sekolah 2 sessi. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk menggunakan kemudahan makmal ini bagai keperluan pelajar yang ramai ini.
Namun bagi pihak sekolah, kita tidak mampu mengeluh akan masalah yang ada. Sebaliknya kreatiuviti dan inovasi perlu menjadi dasar di dalam mengatasi masalah . Fokus utama adalah untuk memastikan program VLE ini berjalan lancar dan ke tahap maksimum. Justeru itu, sekolah telah mengambil inisiatif mewujudkan Laman Siber, menggunakan lorong yang ada untuk dijadikan bilik khas bagi VLE. di sinilah kita menjalankan P d P VLE ketika makmal penuh dan untuk aktiviti pada waktu petang atau masa rehat pelajar. Di samping itu, Cromebook juga telah ditempatkan di makmal Fizik sebagai lokasi pilihan untuk menjalankan P d P VLE ini.
InsyaAllah...rintangan dan halangan tidak akan menjadi masalah, jika kita kreatif untuk memikirkan bagaimana kita boleh mengatasinya...Ini kerana realitinya, masalah diturunkan Allah untuk kita mengatasinya dan bukan untuk ditangisi...
No comments:
Post a Comment