SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 18, 2014

KURSUS VLE UNTUK PELAJAR PPKI SMKTTJ...MEREKA JUGA ADA HAK....15 OGOS 2014.

Budaya penggunaan VLE Frog di dalam pengajaran dan pembelajaran semakin hebat di SMKTTJ.

Maklumat terbaru yang dimaklumkan kepada saya ialah , 100% pelajar SMKTTJ telah log ini. 100% untuk semua guru sekolah ini juga telah log ini. Hit bagi log in VLE juga telah menjangkau ke tahap 5000 lebih berbanding jumlah log in pada bulai Julai yang lalu. Pertambahannya adalah sekitar 325 %. Ini sudah pastilah satu perubahan dan peningkatan yang amat hebat dan luar biasa!

Peningkatan dan pencapaian ini adalah disebabkan oleh inisiatif dan hasil kreativiti unit VLE Frog SMKTTJ khusunya di bawah bimbingan Cikgu Khalilah Kudri dan Puan Suzieliana Othman yang hebat!. Mereka sentiasa berusaha untuk memastikan sasaran menjadi sekolah terbaik dan No.1 dalam VLE ini boleh dicapai dan TERCAPAI!...



Dalam hal ini, para pelajar dan guru-guru PPKi juga tidak ketinggalan. satu kursus khas VLE telah diadakan pada hari ini  dibawah kelolaan Puan Suzieliana.  Pelajar golongan berkelainan upaya (oku) ini juga berhak mendapatkan pendidikan terbaik melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran VLE Frog ini.

Ternyata mereka menunjukkan respon yang amat baik dan bergembira melayari internet dan mengikuti kaedah pembelajaran maya yang hebat ini. Kesabaran dan kesungguhan guru-guru dan Puan suzieliana melayan para pelajar ini  mampu menarik minat mereka untuk mengikuti kursus dengan penuh minat hingga tamat. Kegembiraan dan keterujaan melalui pembelajaran secara maya melalui forg VLE ini, menyakinkan kita bahawa kita mampu memperluaskannya dan menjadikan pendidikan abad 21 ini sebagai medium pengajaran dan pengajaran menyeluruh di sekolah ini. InsyaAllah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...