SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 18, 2014

VLE dan PENGGUNAAN CROMEBOOK PADA TAHAP MAKSIMUM DI SMKTTJ, 15 OGOS 2014


VLE mania dan penggunaan Cromebook secara maksimum di SMKTTJ...

Syabas kepada semua warga sekolah khususnya jawatankuasa VLE di bawah Cik Khalila dan Puan Suzieliana Othman yang hebat mempromosi dan menggerakkan penggunaan VLE di kalangan guru dan pelajar.

Alhamdulillah..log in telah melonjak daripada 1000 lebih kepada lebih 5000 dalam tempoh satu bulan. Ini adalah hasil komitmen dan kesungguhan semua di samping strategi hebat dalam mengejar sasaran SMKTTJ Teratas...dan terbukti kita telah melakukannya.!..HEBAT...! (Rujuk kod SMKTTJ NEA4107)




Dengan semangat guru dan pelajar yang semakin hebat dan aktif, tidak hairan kita mampu mencipta sejarah. Bilangan site PdP juga melonjak tinggi ; jauh meninggal sekolah lain.

 
Peningkatan ini berpunca antaranya ialah dengan penggunaan Cromebook secara maksimum. Makmal komputer kita ( yang hanya ada sebuah) sentiasa penuh. Bagi menampung kekurangan ruang di makmal, kita juga telah membuka ruang baru iaitu Laman Cyber untuk kegunaan pelajar menggunakan cromebook semasa proses P d P berjalan.

 Selain itu, makmal fizik juga digunakan untuk menempatkan cromebook bagi penggunaan dalam P d P guru.



Pertandingan pembinaan site pwmvelajaran dan pemantauan mingguan juga dilakukan bagi memastikan penggunaan VLE ini sentiasa dijadikan media wajib dalam kelas. Pentadbir dan guru2 juga diminta membentangkan site masing2 pada setiap minggu sebagai satu kaedah pemantauan terancang.



 Semua ini hasil kreativiti jawatankuasa VLE yang amat pro aktif dan progresif..Tahniah!..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...