SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, June 25, 2014

VISI SEKOLAH.dan SLOGAN...TRANSFORMASI SEKOLAH..

Banyak penulisan yang menyatakan bahawa untuk menjayakan sesuatu perancangan atau halatuju sesebuah organisasi, visi , amatlah penting dan menjadi keutamaan. Visi ini pula ada pelbagai bentuk, pandangan dan pemahaman . Masing-masing mempunyai pandangan dan tanggapan. Ada misi jangka panjang dan ada juga visi jangka pendek.  Sesuatu visi juga dikatakan mestilah sesuatu hasrat yang boleh dicapai.

Ada juga organisasi yang menetapkan hanya satu visi sahaja yang perlu diikut. Umpamanya, Kementerian Pendidikan menetapkan antara visinya ialah Pendidikan Berkualiti Penjaga Generasi Cemerlang.  Maka banyaklah sekolah yang mengikut visi ini dan dipamerkan di setiap sekolah masing-masing.  Ada juga timbul kekecohan dan kekeliruan sedikit masa dahulu, sama ada semua sekolah mesti menggunakan visi ini sebagai visi sekolah masing-masing. namun , perseoalan juga timbul, sejauhmana setiap sekolah mampu  menghayati visi ini sepenuhnya? Tidak bolehkah sekolah mempunyai visi masing-masing mengikut keperluan dan kemampuan mencapainya namun masih selari dengan visi KPM ini.

Pada pandangan saya, setiap sekolah di samping menjadikan visi KPM ini  sebagai tunjangnya, mereka mesti dibenarkan memilik visi masing-masing. Syarat paling utama ialah visi itu mesti boleh dicapai dan mudah difahami oleh setiap warga sekolah. bagi SMKTTJ,  saya menetapkan visi sekolah ialah "Ke Arah Sekolah Kluster".  Untuk memastikan visi tersebut dapat dicapai, setiap warga sekolah  mestilah menghayati apakah ciri-ciri sekolah Kluster tersebut dan mengambil langkah-langkah ke arah pencapaian hasrat tersebut.

Selain itu saya juga menetapkan antara  intipati di dalam visi tersebut adalah slogan "Kita Cabar Imej Lama dan Bina Imej Lama".

Justeru itu, di dalam menjayakan tranformasi sekolah ke arah sebuah sekolah yang cemerlang, slogan dan visi ini seringkali saya war-warkan kepada semua warga sekolah. Saya telah menggunakan slogan Kiat Cabar Imej Lama , Kita Bina Imej Baru ini  sejak sekian lama iaitu semenjak saya menjadi Guru penolong Kanan HEM di SMK Mambau dan SMK Dato Abd. Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah serta di dua buah sekolah yang saya menjadi pengetua , bermula di SMK Jelai Felda dan kini di SMKTTJ.

Saya menggunakan ini sebagai slogan kerana ia mudah difahami oleh setiap orang. langkah pertama yang saya ambil adalah mengenalpasti  apakah imej lama yang sering dipalitkan kepada sekolah berkenaan. Untuk mendapatkan imej yang dimaksudkan , saya akan membuat kajian sedikit tentang apakah tanggapan orang terutamanya ibubapa dan masyarakat serta jabatan pendidikan Negeri tentang sekolah berkenaan. Ini boleh diperolehi dengan cara mendapatkan maklumat melalui data-data dan perbualan dengan masyarakat di mana-mana kesempatan yang diperolehi.

Senarai imej ini kemudiannya akan diperjelaskan kepada semua warga sekolah terutamanya, pelajar, guru, staf dan ibubapa serta apakah imej baru iaitu lawan daripada imerj berkenaan yang ingin kita bina. Perkataan 'CABAR' adalah membawa maksud setiap warga sekolah mestilah membuat 'penafian' terhadap imej berkenaan. Umpamanya, jika sekolah itu dilabelkan sebagai sebuah sekolah yang tiada disiplin para pelajarnya, maka kita mestilah menafikannya, bahawa kita bukan seperti itu. Penafian inilah yang membawa maksud "BINA" di dalam 'Kita Bina Imej Baru" itu. Ini bermaksud bahawa kita haruslah menafikan imej buruk yang kita miliki sebelum ini dengan mewujudkan imej baik yang menjadi lawan kepada imej blama tadi. Justeru itu, jika kita dikatakan sebagai seuah sekolah yang pelajarnya 'kaki ponteng', maka kita pastikan bahawa pelajar kita tidak akan ponteng dan imej baru yang terbentuk ialah pelajar kita mempunyai peratusan kehadiran yang tinggi dan tiada ponteng. Seterusnya ini akan membawa maksud pelajar kita adalah pelajar yang berdisiplin.

Slogan atau visi begini adalah mudah dan jelas kepada semua orang. Mudah kerana setiap warga sekolah tahu apakah imej lama atau kelemahan yang ada kepada mereka selama ini dan apabila mereka mampu mengubahnya kepada sesuatu yang sebaliknya, maka visi itu telah tercapai.

Untuk menentukan langkah - langkah atau tindakan untuk mencapainya juga adalah mudah. Ini kerana isu atau imej baru yang ingin dibina itu, jelas sekali kepada mereka. Oleh itu, kita hanya perlu memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mesti dipatuhi dan difahami oleh semua warga sekolah.

Melalui cara ini , kita dapat mengenalpasti dan mengatasi semua masalah atau isu yang wujud di sekolah berkenaan.

Contoh:

Imej Lama                                                                                     Imej Baru                                        

1. Prestasi Akademik Rendah/ Tiada Peningkatan                    Prestasi Tinggi/ Meningkat
2. Kes Ketidakhadiran pelajar Tinggi                                       Ponteng Sifar
3. Zon Selesa                                                                          Guru dan staf rajin/ berdedikasi
4. Persekitaran sekolah tidak ceria                                           Persekitaran cantik
5. Vandalisme                                                                          Tiada vandalisme

Melalui senarai yang dinyatakan tadi, maka bolehlah dirangkakan apakah tindakan yang mesti diambil terhadap setiap isu dan masalah tadi. Kita juga mudah untuk membuat semakan dan pemantauan terhadap pencapaian penyelesaian terhadap setiap masalah dan isu tersebut.

Alhamdulillah, sehingga kita, setiap warga didapati mudah menerimanya dan telah menunjukkan pencapaian yang hebat di dalam pembinaan imej baru tersebut.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...