
Temubual yang dilakukan secara bebas bersama ibubapa ini, mampu memberikan gambaran jelas dan bukti kejayaan perlaksanaan Sarana di sekolah ini. Ibubapa yang dapat hadir pada hari berkenaan juga teruja untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuna tentang kejayaan perlaksanaan Sarana tersebut.

Diketuai oleh Pengerusi Sarana , Puan Hjh siti Amrah Maulud dan encik Dzulkarnain, ibubapa ini telah memberikan pandangan dan penjelasan secara terus dan ikhlas . Ini kerana , mereka ini memang benar-benar terlibat secara langsung dan aktif di dalam mejayakan progarm ini.

Buat masa ini, mereka sedang menguruskan pondok Sarana bagi Program PPDa -Sarana di sekolah ini. 2 buah pondok sedia ada di perkarangan sekolah ini akan dihias dengan maklumat berkaitan kecemerlangan keluarga di dalam membantu mengatasi masalah dadah dengan tema " keluarga bahagia dan sempurna pemangkin kecemerlangan hidup".
Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan mereka benar-benar memperlihatkan keikhlasan untuk membantu menjayakan program sekolah demi kecemerlangan anak-anak mereka juga.
Moga-moga mereka ini terus dikurniakan kekuatan dan semangat tinggi untuk bersama-sama sekolah ke arah menjadikan SMKTTJ sebagai sekolah yang hebat dan terbilang..InsyaAllah...
https://www.facebook.com/photo.php?v=884728734886956&l=2603495635696295985
No comments:
Post a Comment