SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, March 9, 2014

LAWATAN BENCHMARKING SK DANGI & SK SENALING KE SARANA SMKTTJ- 8 MAC 2014

Kejayaan SMKTTJ di dalam merealisasikan program Sarana terus mendapat perhatian oleh beberapa buah sekolah yang berkunjung ke sini untuk meninjau perjalanannya dan berkongsi pengalaman perlaksanaannya .

SK Dang dan SK Senaling , Kuala Pilah menjadi sekolah rendah pertama di negeri ini yang datang berkunjung  di dalam siri program Lawatan penandaArasan sekolah berkenaan.
Hampir seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, ibubapa dan AJK PIBG kedua-dua sekolah berkenaan telah hadir .

Kesampaian mereka pada kira-kira jam 9 pagi, telah disambut Tuan pengetua, YDP PIBG, guru dan beberapa orang ibubapa SMKTTJ.
Taklimat perjalanan Sarana SMKTTJ telah disampaiakan oleh Tuan pengetua sendiri.  Di dalam sessi ini juga  beberapa orang penjaga turut berkongsi pengalaman mereka yang terlibat secara terus di dalam perlaksanaan program ini.

Rombongan kedua-dua sekolah ini diketuai sendiri oleh YDP PIBG sekolah-sekolah berkenaan.

 Majlis sambutan dimulakan dengan taklimat Sarana dan diikuti dengan sessi soaljawab bersama penjaga SMKTTJ dan diikuti kemudiannya dengan sessi lawatan ke kelas-kelas dan Bilik Operasi Sarana . Ternyata semua ahli rombongan berpuashati dengan aturcara dan penerangan serta lawatan yang diatur. Ternyata mereka amat teruja untuk mengetahui rahsia kejayaan SMKTTJ di dalam melaksananakan program tersebut dan memang berhasrat untuk menjayakannya sekembalinya mereka ke sekolah nanti.

Kesungguhan dan minat yang mendalam yang ditunjukkan oleh ahli rombongan terutamanya YDP PIBG dan AJK PIBG serta guru dan ibubapa  kedua-dua sekolah ini, pasti akan menghasilkan sesuatu yang hebat nanti.

Menurut mereka melalui sessi penerangan dan lawatan ini, telah berjaya membuka minda mereka dan menjelaskan lagi kefahaman mereka terhadap program Sarana ini.

Bagi SMKTTJ , kami mendoakan kejayaan mereka untuk melaksanakan program ini, kerana ia benar-benar memberi manfaat kepada sekolah secara keseluruhannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...