SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, November 29, 2012

SELAMAT DATANG -PENYELIA PETANG BARU- ENCIK MALIK BIN REJAB...

SMKTTJ menerima kahadiran seorang lagi pentadbir baru yang akan mnyumbang khidmatnya di sini bermula pada 16 November 2012 yang lalu. Encik Malik Bin rejab, akan menjawat jawatan sebagai penyelia Petang menggantikan Encik Kalaiselvam yang akan bertukar fotfolio sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum , menggantikan Puan Hjh. Zainab Binti Nasir yang telah bertukar ke SMK Raja Jumaat, Port Dickson bermula pada hari dan tarikh yang sama. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat di sekolah ini kepada beliau dan berharap agar sessi petang akan lebih berketrampilan lagi berbanding tahun 2012 ini. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hjh. Zainab di atas khidmatnya di sekolah ini . Kehadiran Encik Malik ke sekolah ini membawa bersama kredibaliti diri yang cemerlang . justeru itu, pihak sekolah mengharapkan segala ilmu dan kecemerlangan beliau semasa di SMK Mohd. Said , Nilai sebelum ini diteruskan di SMKTTJ.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...