SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, November 29, 2012
Padang oh padang.....
Masalah kekurangan padang permainan pada masa ini sudah menjadi suatu isu yang besar di negara ini. jumlah padang permainan sekarang ini semakin pupus. Kepupusannya berpunca daripada kesan pembangunan dan juga dasar tidak menjadikan penyediaan padang permainan sebagai suatu yang wajib bagi setiap projek perumahan yang baru.
Banyak padang permainan yang diambil oleh pihak tertentu sama ada kerajaan atau pemaju untuk tujuan komersil yang lebih menguntungkan. lantaran itu, kesannya adalah kepada anak-anak dan anggota masyarakat setempat yang tidak mempunyai tempat untuk bersukan atau berekriasi.
Justeru itu tidak salah jika dikatakan antara punca kenapa remaja dan anggota masyarakat kita kurang minat bersukan adalah berpunca daripada ketiadaan padang permainan.
Melaihatkan keadaan padang di sekolah ini pada masa ini , ia sesuatu yang amat menyedihkan. Namun kesedihan itu, dapat dibendung apabila memikirkan bahawa keadaan itu terjadi bukanlah sesuatu yang sia-sia atau disengajakan.
Penggunaan padang sekolah ini sebenarnya sudah sampai ke tahap yang maksimum. hampir setiap hari padang sekolah ini akan dihuni oleh penggunanya sama ada oleh pelajar sekolah ini untuk aktiviti sukan ataupun oleh penduduk tamana ini dan masyarakat luar yang menyewanya. Ini memandangkan hakikat, hanya padang sekolah ini sajalah yang mempunyai saiz padang bola yaang sempurna bagi seluruh kawasan taman ini.
Ia juga dikongsi oleh SK taman Tuanku Jaafar 2 yang berjiran dengan sekolah ini.
Pada masa ini juga padang sekolah ini digunakan oleh FAM ( Persatuan Bolasepak Malaysia ) untuk latihan. Selain sekolah ini sebagai pusat latihan Program Pembangunan Bolasepak remaja Perempuan kebangsaan ia juga sedang digunakan untuk Perkhemahan Pasukan Bolasepak Remaja Perempuan Kebangsaan yang akan bertanding di Vietnam pada Mac 2013 nanti.
Keadaan ini menyebabkan kawasan padang sekolah ini 'hancur' digunakan secara maksimum. menambahterukkan keadaan adalah musim hujan yang berterusan hampir setiap hari.
Untuk membantu memulihkan keadaan padang ini , pihak sekolah telah mengambil inisiatif sendiri dengan baantuan JKR Negeri Sembilaan untuk mengorek longkang untuk mengelakkan air bertakung di padang dan menabur pasir di kawasan yang becak teruk serta menabur baja.
Namun di dalam usaha kita itu, sekolah terpaksa juga mengorbankan sebahagian kawasan padang apabila projek 1BestaariNet dilaksanakan di sekolah ini. Penggunaan kawasan di hujung padang untuk tujuaan membina tapak menara 'monopole' menyebabkan kita terpaksa membenarkan kawasan padang ini dilayak oleh lori dan jengkaut kerana ketiadaan laluan lain untuk mereka melaksanakan kerja -kerja berkenaan. musim hujan yang berterusan setiap hari dan ditambah dengan keperluan meyiapkaan menara berkenaan di dalam masa terdekat ini, mengakibatkan kawasan berkenaan 'hancur' sama sekali.
Inilah seperti yang dinyatakan , kesan pembangunan yang memusnahkan padang. namun, kita redha dengan keadaan yang berlaku disamping berharap agaar pihaak YTL akan dapat membaiki keadaan padang berkenaan sepertimana yang terdapat di dalam perjanjian. Kita berharap juga agar segala kerja-kerja pemmulihan padang ini akan berjalan dan berjaya dilaksanakan sebelum musim sekolah tiba.
Untuk menambah keselesaan penggunaan padang, pihak sekolah juga telah menyediakan dan menempah kemah beserta dengan 2 buah bangku yang di tempatkan di tengah-tengah padang sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment