SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, November 29, 2012
1BestariNet-Menara 'monopole' akhirnya tertegak di SMKTTJ
AKHIRNYA...menara 'monopole' untuk projek 1BestariNet di SMKTTJ tertegak juga...
Sudah pastilah ia sesuatu berita yang sedikit mengembirakan buat seluruh warga SMKTTJ yang sejak sekian lama menanti-nanti kehadirannya.
Semenjak akhir Disember 2011 yang lalu, semenjak munculnya surat makluman daripada BTP KPM yang mengesahkan SMKTTJ sebagai salah sebuah sekolah di Negeri Sembilan (2 buah sekolah)yang telah dipilih sebagai sekolah 'pilot project' bagi 1BestariNet, seluruh warga sekolah melahirkan rasa gembuira dan teruja yang teramat sangat untuk menikmati kemudahan ICT untuk tujuan kelancaran pengurusan dan merancakkan lagi pembudayaan ICT di sekolah ini yang telah memilih ICT sebagai salah satu 'watak' sekolah.
Berdasarkan berita yang amat mengembirakan itu, pihak sekolah telah bertindak pro-aktif dan pantas dengan menjayakan beberapa program dan aktiviti sokongan ke arah merancakkan pembudayaan ICT di sekolah ini. Antaranya ialah dengan :
1. Program 1000 blog
2. Program Web sekolah
3. Pilot Project active Board ( 8 buah active board)
4. Pembentukan pasukan ThinkQuest/ PBL sekolah
5. Program 1Guru 1Laptop
6. Pewujudan Makmal ICT Guru dengan kerjasama PIBG
7. Mengadakan hubungan kolaborasi dengan sekolah di Korea selatan dan Indonesia
untuk projek Pembelajaran Secara Video Confrencing
8. Penggunaan Skype di dalam perhubungan / sidang video
9. Program pembudayaan Al Quran dan Tadarus Perdana Komuniti melalui ICT
selain itu, pelbagai aktiviti melibatkan penggunaan internet seperti Facebook , e mail di dalam P & P dan penyampaian maklumat juga turut rancak dilakukan.
Namun begitu, semangat dan keterujaan yang begitu tinggi ini seakan-akan terbantut apabila !BestariNet yang dinanti-nantikan itu tidak muncul-muncul, walaupun telah berkali-kali pihak YTL selaku pembekal, hadir ke sekolah melakukan pelbagai tinjauan dan memberikan makluman akan kehadiran 1BestariNet . Sehinggalah pada peertengahan November 2012 ini, perlaksanaannya menampakkan hasil dengan terbinanya menara 'monopole di hujung padang sekolah ini.
Keperluan terhadap capaian internet yang kuat dan laju pada masa ini adalah suatu keperluan yang mendesak. Ini terutamanya berkaitan dengan program-program yang pendidikan yang banyak dibuat secara 'online'. Tanpa capaian internet yang laju , sudah pastilah ia akan memberi kesan dan tekanan emosi kepada para guru dan warga sekolah untuk melaksanakan tugas-tugas dengan lancar dan cekap.
Di samping itu juga, diharapkan dengan adanya capaian internet yang laju ini akan membolehkan segala program yang dinyatakan tadi, akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Apatah lagi dengan amanah sebagai 'champion school' yang disandarkan kepada SMKTTJ.
Sehingga artikel ini ditulis, segala kerja-kerja yang berkaitan dengan pembinaan dan prasarana asas bagi 1BestariNet telah selesai dilaksanakan. Kini kita hanya menunggu capaian internet diperolehi dan segala aktiviti dan perancangan yang disusun dapat dilaksankan dengan sempurna....insyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment