SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, September 16, 2011

KEGANASAN ISRAEL....



Di dalam kegembiraan menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu , kita tidak harus lupa dengan penderitaan , kesengsaraan dan perjuangann rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanahair mereka dan mendapatkan kedaulatan mereka. Kehidupan mereka sentiasa diancam dengan maut dan kerakusan rejim Israel.

Bersyukurlah kita semua dapat hidup di dalam negara yang aman damai ini dan jauh daripada kesengsaraan dan kekejaman. Cara yang wajar kita lakukan bagi menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan menjaga perpaduaan dan keharmonian kita semua dengan mengelakkan diri daripada melakukan kezaliman dan perkara yang mampu menggugat keharmonian kita semua.

Bagi para pelajar gunakan ketenteraman negara kita ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar. Sedarlah bahawa ribuan anak-anak Palestin yang menangis setiap hari kerana tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar dan terpaksa mengambil risiko berhadapan dengan peluru rejim Israel semata-mata untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah. Pemergian mereka ke sekolah belum tentu akan menjamin mereka mampu pulang dengan selamat. Kesukaran ini belum lagi dilihat dengan persekitaran tempat belajar mereka yang terpaksa belajar di kemah-kemah yang sempit dan panas dan belajar dengan ketiadaan kemudahan asas seperti buku, meja, kerusi dan belajar di dalam udara panas. Namun , mereka tempuhi semua ini dengan satu tekad untuk menimba ilmu dan menjadi generasi terpelajar yang mampu membela tanahair mereka kelak.

Berbanding dengan sikap kita. Kita dilimpahi dengan kemewahan dan kesenangan, namun masih ada yang tidak mahu ke sekolah. Kalu hadir pun, lebih suka bermain-main dan tidak serius semasa berada di dalam kelas. Kemudahan yang ada, kerap dirosakkan dan dikotori, kerana kita menanggap semua itu bukan harta kita. Kita sudah terlalu dimanjakan dan dimewahkan..,!

Bagi perlajar SMKTaman Tuanku Jaafar...bukalah mata dan fikiran dan hati anda...lihat kesengsaraan anak-anak Palestin dan mereka yang dihimpit kesusahan di serata dunia ini..Betapa beruntungnya kita berbanding mereka...Namun..Apakah kita pernak bersyukur di atas nikmat Allah ini... Ingatlah segala nikmat ini adalah milik Allah..dan Allah berhak menariknya semula...

Justeru itu, kita menyeru agar semua warga SMKTTJ memberikan kerjasama di dalam usaha membantu rakyat tertindas di serata dunia ini. Alhamdulillah, permulaan pertama, telah kita lakukan pada 22 Ogos 2011 yang lalu, dengan kita menyumbang kepada rakyat Palestin melalui NGO Aqsa Syarif... InsyaAllah selepas ini mungkin kita akan menyumbang pula kepada penderitaan rakyat Somalia yang dihimpit kebuluran ketika ini. InsyaAllah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...