SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, February 5, 2019

Menangani isu-Isu dalam Organisasi...menggunakan prinsip Pengadilan Bolasepak..

Beberapa minggu yang lalu, saya menerima rungutan daripada seorang guru  berkaitan dengan tugasnya sebagai guru penyedia jadual relif , yang bertembung dengan tugas utamanya sebagai guru tingkatan. Beliau mengadu agak sukar untuk beliau melaksanakan dua tugas dalam satu masa iaitu menyediakan jadual relif dan terpaksa berada di tapak perhimpunan bagi mengambil kehadiran pelajar.

Saya ajukan permasalahan ini kepada beberapa Guru Kanan saya mengenai isu ini. Mereka menyatakan bahawa isu ini kecil kerana ada juga di kalangan penyedia jadual relif iru, terdiri daripada guru tingkatan juga dan mereka tidak pula membantah! lantas mereka mencadangkan agar perkara tersebut tidak perlu difikirkan atau diambil sebarang tindakan.

Di dalam pentadbiran organisasi  yang mana kita berurusan dengan manusia, sebarang ketidakpuasan hati atau sebarang isu , hendaklah dilihat sebagai penting dan perlu ditangani agar isu tersebut tidak menjadi besar dan merebak kepada isu yang lain.

Dalam kes ini, ada pelbagai kemungkinan yang boleh kita lihat.  Pertamanya, mungkin ada ketidakpuasan hati di kalangan orang lain, namun tak semua yang berani berterus terang dan meluahkan ketidakpuasan hati itu. Kadang-kala juga, kelompok ini  lebih suka memendam rasa dan meluahkankannya kepada rakan-rakan mereka dan lama -kelamaan ia akan menjadi barah yang merebak dan mendorong timbul pula isu-isu lain. Orang yang berani mengadu secara terus terang juga perlu dilihat sebagai baik, kerana beliau menyedarkan akan kesilapan pentadbiran. Ia lebih baik daripada mereka yang hanya pandai bercakap di belakang-belakang...

Justeru itu, saya melihat ada asas dan kebenaran daripada tindakan guru ini menzahirkan permasalahannya. Ia juga selaras dengan dasar yang dilaksanakan iaitu, guru pembuat  jadual relidf adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjadi guru tingkatan, ketua paniatia atau mereka yang memegang jawatan utama.

Di dalam teori dan perlaksanaan pengadilan bolasepak di padang, sebarang kejadian atau insiden yang boleh menjejaskan kelancaran permainan , hendaklah ditangani dengan segera. Kita tidak boleh membiarkan kesalahan itu terlepas begitu sahaja. Ia mesti ditangani segera. Jika di padang permaianan, wisel hendaklah ditiup dan permaianan diberhentikan atau pemain itu mesti dihukum. Terdapat istilah 'kill the game' , sebelum ia merebak , menimbulkan banyak ketidakpuasan hati atau pergaduhan.

Jadi, di dalam pentadbiran organisasi , setiap ketidakpuasan hati, setiap isu yang timbul , mesti ditangani segera dan jangan disimpan lama atau menunggu sehingga meletup atau menimbulkan fitnah atau sebarang perkara yang negatif dan memudaratkan organisasi.

Pihak pengurusan seharusnya berlapang dada dan menerima setiap aduan atau isu itu sebagai maklumat yang baik untuk meningkatkan kecekapan pentadiran dan poengurusan organisasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...