
MAJLIS Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi SMK Seanawang telah selamat disempurnakan oleh Exco Belia Dan Sukan YB Tuan Haji Mohd Taufik Bin Abd. Ghani , bertempat di Dewan Seri Budiman dan di Kelas masing-masing.
Bantuan Awal Persekolahan ini telash masuk tahun yang ke 9 rasanya. Sambutan terhadap bantuan ini tetap sama seperti tahun -tahun sebelumnya. Cuma keghairahannya saja yang agak berkurangan.
Biasanya , ibubapa akan mula berpusu seawal jam 8 pagi, walaupun telah diberitahu bahawa serahan wang hanya akan dilakukan pada jam 11 pagi. Agaknya ibubapa sudah memahami prosedur dan gerakkerja yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah , sebelum wang tersebut dapat diserahkan kepada mereka.



Bagi pihak sekolah , kami merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Hj. Taufik yang sudi menyempurnakan majlis ini dan memberikan sokongan yang kuat kepada sekolah. Walaupun sibuk dan kerap datang, namun beliau tidak pernah menolak jemputan jika berkelapangan.

No comments:
Post a Comment