SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Wednesday, April 1, 2015
ZON NILAM DAN SUDAT BACAAN SEKOLAH & KOMUNITI SMKTTJ 2015
Satu lagi landmark bagi SMKTTJ dalam menyambut kehadiran tahun 2015. ZON NILAM & SUDAT BACAAN SEKOLAH & KOMUNITI SMKTTJ telah selamat dirasmikan untuk kegunaan awam pada majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke 14 yang diadakan pada 14 Mac 2015 yang lalu..
Tapak asal bagi zon nilam ini adalah sebuah taman bunga yang telah beberapa kjali diubahsuai dan disusun semula bunga-bungaannya. Namun saya beranggapan keadaannya tidak mencapai tahap yang diidam-idamkan dan kurang memberikan impak kepada pelajar dan warga sekolah, maka kita ambil keputusan untuk menjadikannya lokasi bagi sudut bacaan dan nilam . Ia juga berpunca daripada faktor kekurangan lokasi untuk pelajar berehat dan bersantai . Ia juga memfokuskan kepada kemudahan santai sambil menimba ilmu buat ibubapa dan komuniti yang bertandang ke sekolah.
Kerja-kerja mengubahsuai kawasan ini bermula pada awal bulan Disember 2014 yang lalu. Sebelum ini , inisiatif mendapat suntikan semangat yang kuat dangan penerimaan jubin lantai sumbangan KIMGRASS CERAMIC yang menyumbang jubin sebanyak 15 000 kaki persegi.
Ia juga terlaksana hasil inisiatif pihak PIBG khususnya Dato Mohd Nordin , YDP PIBG yang menyokong dan melaksanakan program ini.
Hasil perbincangann dengan beberapa unit , akhirnya kawasan ini telah dijadikan sebagai Zon Nilam, Sudut Bacaan Sekolah dan Komuniti serta Sudut Utama PPPM di peringkat sekolah..
Bagi menambah keceriaan dan keselesaan sudut ini, kami telah meletakkan 6 kerusi dan meja sumbangan Cosmopoint Seremban, Televisyen 40 inci sumbangan penjaga, 6 unit kipas dinding, Wifi Unifi, buku-buku bacaan ilmiah dan fiksyen , air yasin, 2 meja teh dan maklumat-maklumat berkaitan dengan PPPM.
Apa yang menjadi harapan sekolah ialah, sudut ini akan digunakan oleh semua warga sekolah dan komuniti dengan baik . Konsep berilmu secara santai dan selesa ini diharapkan akan meningkatkan minat terhadap budaya ilmu dan meningkatkan perasaan kasih kepada sekolah.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sudut ini. PIBG, Sarana, PSS, Kelab Guru dan Staf serta penyumbang-penyumbang yang budiman. Semoga SMKTTJ terus cemerlang dan menjadi peneraju kepada tradisi kecemerlangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment