SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, September 6, 2014

MR. RAI...SUMBANGAN KOMUNITI KEPADA SARANA SMKTTJ...

 ALHAMDULILLAH.....

Kejayaan program Sarana di SMKTTJ benar-benar telah membawa rahmat yang besar...

Seperti yang pernah saya katakan di dalam ceramah-ceramah saya di sekolah-sekolah berkaitan Sarana, bahawa program Sarana  ini adalah suatu rahmat dan bukannya bebanan.

Kejayaan Sarana SMKTTJ sudah banyak membawa rahmat. Selain membawa PIBG SMKTTJ memenangi Johan PIBG Cemerlang Kebangsaan Kategori Terbaik Sekolah Menengah , ia juga telah menarik minat banyak pihak untuk membantu sekolah.

Mr. Rai , merupakan salah satu bukti rahmat yang dikurniakan Allah kepada kejayaan program Sarana ini. Beliau yang merupakan bekas guru  saya  yang pernah mengajar Sekolah Menengah Sains  Negeri sembilan (STJ), telah menawarkan diri untuk membantu guru dan pelajar sekolah ini di dalam bidang matematik secara sukarela.

Beliau yang mendapat tahu mengenai saya di SMKTTJ melalui televisyen (Program TV3) telah datang dan menawarkan dirinya.

Melalui pengalaman luasnya didapati para pelajar amat mudah memahami pengajaran beliau. Para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran matematik dan mudah memahami pengajaran beliau.

Semasa sessi pengajaran, guru subjek kelas berkenaan turut bersama dan dapat belajar mengenai kaedah pengajaran yang ditunjukkan oleh beliau. Ternyata banyak pengalaman baru dan kaedah pengajaran matematih yang dapat dipelajari oleh para pelajar dan guru berkenaan.


Mr. Rai juga tidak lokek dengan ilmu yang beliau miliki. Selepas setiap satu sessi pengajaran beliau akan memastikan guru subjek matematik di kelas berkenaan mesti hadir dan berbincang berkaitan kaedah pengajaran yang ditunjukkan.

Keistimewaan Mr. rai adalah , beliau kerap menggunakan bahan dan sumber sekitar kelas dan diri beliau sebagai contoh bagi memudahkan pemahaman para pelajar. beliau juga banyak menyelitkan motivasi bagi menaikkan semangat para pelajar agar terus berminat untuk mengikuti mata pelajaran matematik.


 Apa yang sering ditekankan oleh beliau ialah, matematik bukanlah subjek yang sukar. Jika para pelajar dapat memahami dan menguasai asas dan konsep yang betul, mereka pasti boleh menjawab sebarang soalan yang dianggap sukar.

 Sekarang ini, Mr. Rai hadir ke sekolah hampir setiap hari! walaupun usia beliau sudah melepasi 70 tahun, namun semangat beliau untuk membantu para pelajar amat hebat..! saya amat kagum dengan beliau!

Beliau juga telah merancang untuk mengadakan program khas untuk pelajar tingkatan 4 sebaik habis peperiksaan SPM ini sebagai persiapan untuk SPM tahun hadapan. Beliau juga sanggup dan menawarkan diri untuk membantu guru-guru memahami kaedah pengajaran dengan lebih baik. Semangat beginilah yang perlu dicdontohi oleh semua guru dan para pelajar.
 Apabila ditanya kepada beliau: bagaimana dengan bayaran?


Beliau menjawab," Saya sudah kaya!. Saya tidak perlukan wang. Saya sudah ada 7000 lebih anak murid yang berijazah...!Saya hanya mahu membantu dan supaya hidup saya berkat..!

MasyaAllah...hebat guru ini!

Semoga Mr. Rai dipanjangkan usia lagi dan diberikan kekuatan untuk terus berbakti...


Saya menawarkan kepada beliau untuk mernjadi Partner Sarana SMKTTJ seumur hidup!...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...