ALHAMDULILLAH ....
Bukti kehebatan Program Sarana seperti yang dihasratkan oleh KPM...Melalui program terkini , "Sekolah Milik Komuniti" , iaitu lanjutan daripada Program Sarana yang dijalankan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, iaitu Elemen ke 11, Penglibatan komuniti, Swasta dan Ibubapa dalam membantu Program sekolah ( SARANA), terbukti dapat dijayakan di SMKTTJ..
Bermula dengan wassapp yang saya hantar melalui group PIBG& Sarana SMKTTJ mengenai tanah mendap di hujung padang, berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan YB Ghazali , ADUN Paroi, yang begitu perihatin dan turun padang untuk meninjau sendiri keadaan tersebut.
Kehadiran beliau ini juga adalah hasil tindakan pantas ibu-ibu Sarana yang menghantar ke group DUN Paroi serta penglibatan KRT Fasa 3 yang diketuai oleh Encik Rosli yang membawa perkara ini ke pengetahuan YB Ghazali.
Kehadiran beliau juga membawa bersama pegawai daripada Majlis Perbandaran Nilai bagi menilai keadaan tersebut dan diharapkan akan ada tindakan segera diambil sebelum keadaan menjadi parah lagi.
Sebenarnya inilah kejayaan Sarana yang seharusnya menjadi contoh dan membuktikan kenapa program ini seharusnya disokong dan dilaksanakan dengan cemerlang di semua sekolah. Dengan kemampuan sekolah yang terbatas di dalam mengatasi masalah yang melibatkan pihak luar, maka, bantuan dan pertolongan pihak komuniti amat-amat diperlukan.
Hal ini sudah tentulah memudahkan pihak sekolah . Sekurang-kurangnya masalah seperti ini dikongsi dan dihaayati bersama oleh masyarakat. Semoga dengan penglibatan mereka ini akan membantu masyarakat memahami suasana dan masalah sekolah di dalam mendidik anak-anak mereka.
Pertemuan dengan YB dan komuniti pada hari ini juga dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengemukakan beberapa isu lain yang dihadapi di sekolah ini.
Perbincangan mengenai hal- hal sekolah disambung lagi di meja sarapan pagi selepas lawatan di padang.
Antara isu yang dibangkitkan adalah
1. Penglibatan ibubapa dan komuniti dalam Sarana Smkttj
2. Kemudahan untuk pelajar sekolah yang masih dalam permohonan
3. Masalah keselamatan dan lalulintas di hadapan pagar sekolah semasa pagi dan balik sekolah.
4. Isu ponteng sekolah dan tindakan komuniti di sekitar ttj
5. Isu tong sampah dan masalah pelupusan sampah di sekolah
Nampaknya, YB Ghazali juga menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam untuk membantu menyelesaikan segala yang berkaitan. Beliau juga mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat khas bersama semua agensi terbabit dan komuniti setempat untuk menyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan oleh Tuan Pengetua. beliau juga telah menyatakan persetujuan awal untuk hadir dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan demi keselamatan dan keselesaan para pelajar sekolah .
Alhamdulillah, nampak ramai pihak yang amat perihatin dan mahu membantu. Diharapkan segala usaha ini dipermudahkan.
Terima kasih kepada YB Paroi, ahli dan pengerusi KRT TTJ dan pegawai MPN yang hadir serta Pn. Ibah yang banyak membantu.
No comments:
Post a Comment