Kejayaan program Sarana di SMKTTJ benar-benar telah membawa rahmat yang besar...
Seperti yang pernah saya katakan di dalam ceramah-ceramah saya di sekolah-sekolah berkaitan Sarana, bahawa program Sarana ini adalah suatu rahmat dan bukannya bebanan.

Mr. Rai , merupakan salah satu bukti rahmat yang dikurniakan Allah kepada kejayaan program Sarana ini. Beliau yang merupakan bekas guru saya yang pernah mengajar Sekolah Menengah Sains Negeri sembilan (STJ), telah menawarkan diri untuk membantu guru dan pelajar sekolah ini di dalam bidang matematik secara sukarela.

Melalui pengalaman luasnya didapati para pelajar amat mudah memahami pengajaran beliau. Para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran matematik dan mudah memahami pengajaran beliau.
Semasa sessi pengajaran, guru subjek kelas berkenaan turut bersama dan dapat belajar mengenai kaedah pengajaran yang ditunjukkan oleh beliau. Ternyata banyak pengalaman baru dan kaedah pengajaran matematih yang dapat dipelajari oleh para pelajar dan guru berkenaan.

Keistimewaan Mr. rai adalah , beliau kerap menggunakan bahan dan sumber sekitar kelas dan diri beliau sebagai contoh bagi memudahkan pemahaman para pelajar. beliau juga banyak menyelitkan motivasi bagi menaikkan semangat para pelajar agar terus berminat untuk mengikuti mata pelajaran matematik.

Sekarang ini, Mr. Rai hadir ke sekolah hampir setiap hari! walaupun usia beliau sudah melepasi 70 tahun, namun semangat beliau untuk membantu para pelajar amat hebat..! saya amat kagum dengan beliau!

Apabila ditanya kepada beliau: bagaimana dengan bayaran?
Beliau menjawab," Saya sudah kaya!. Saya tidak perlukan wang. Saya sudah ada 7000 lebih anak murid yang berijazah...!Saya hanya mahu membantu dan supaya hidup saya berkat..!
MasyaAllah...hebat guru ini!

Saya menawarkan kepada beliau untuk mernjadi Partner Sarana SMKTTJ seumur hidup!...