SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, January 29, 2013

PERTEMUAN DENGAN WARGA SESSI PETANG...

PERTEMUAN kali pertama dengan warga sekolah sessi petang di atas jemputan Penyelia Petang Encik Malik Rejab.
 

Pertemuan ini amat bermakna kerana  pada kesempatan ini Tuan Pengetua telah menggunakannya untuk memberikan semangat kepada para pelajar dan para guru agar mereka terus bersemangat dan tidak berasakan diri mereka sebagai warga kelas kedua  berbanding warga sessi pagi.

Tuan Pengetua telah mengaskan bahawa kita semua adalah berada di dalam satu organisasi yang sama cuma berbeza sessi hanya kerana kekurangan kelas untuk menempatkan semua pelajar dan warga ke sessi pagi. namun begitu cita-cita, visi dan sasaran kita tetap sama iaitu untuk menjulang nama hebat SMKTTJ ke mercu kejayaan dan kecemerlangan.
Hakikat cita-cita dan visi untuk cemerlang ini jelas dinyatakan oleh Tuan Pengetua melalui cogan kata atau moto  pada tahun ini iaitu, 'SERLAHKAN KEHEBATAN'.

Dalam ucapannya Tuan Pengetua menegaskan bahawa , SMKTTJ dan semua warganya mempunya kehebatan. malahan kehebatan ini telah ditonjolkan di dalam beberapa aktiviti dan program yang mampu membuka minda dan mata masyarakat. Namun, kehebatan yang ada perlu dipertingkatankan dan dipamerkan bagi mengangkat darjat dan nama kita. Ini penting bagi menunjukkan bahawa kita semua mempunyai cita-cita besar dan maruah untuk membuktikan kita memang hebat.
 Usaha ini memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Sama ada pelajar, guru , staf dan pekerja sekolah, semuanya perlu punyai visi yang selari dan bertindak selari dengan visi tersebut. tetapkan sasaran dan ambil tindakan bagi merealisasikannya.

Justeru itu, semua pihak perlu ada semangat juang yang tinggi dan utuh bagi bekerja keras menjulang kecemerlangan sekolah. Ciptalah kejayaan dan kecemerlangan sebanyak mungkin dan lakukannya dengan hebat, dan pantas. Lakukan kejutan dan lonjakkan kejayaan yang hebat !

Seperkara lagi yang dinyatakan oleh Tuan Pengetua ialah berkaitan moto dan visi untuk melahirkan pelajar yang punya KAREKTOR  dan WATAK  yang hebat. Melalui moto kecemerlangan sahsiah pada tahun ini yang berbunyi:

"KNOWLEDGE IS POWER but CHARACTOR IS MORE"

 sekolah telah memfokuskan kepada usaha melahirkan pelajar yang berkarektor atau mempunyai personaliti yang unggul! Pembinaan insan mulia dan hebat dengan keperibadian yang hebat ini lah yang mampu menjana kecemerlangan sekolah ke tahap yang hebat. Seterusnya kita akan mampu melahirkan warga atau insan seimbang sepertimana yang diimpikan di dalam falsafah pendidikan negara.

Dalam hal ini , penekanan kepada disiplin yang kukuh adalah menjadi keutamaan. Hanya dengan disiplin yang kukuh dan mantap yang mampu menjadi benteng dan pemaju kejayaan pelajar dan seluruh warga sekolah.

Pihak sekolah amat yakin dengan kepimpinan Encik Malik Rejab pada sessi petang akan mampu membimbing seluruh warga sekolah ke arah pencapaian misi berkanaan. Semoga semua impian dan cita-cita kita akan termakbul dan setiap usaha kita akan dijadikan sebagai ibadah untuk kita meraih keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...