SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, December 29, 2012

Pendaftaran Tingkatan 1 2013...


 

 Pada tahun ini , sekolah telah merima kemasukan pelajar ke tingkatan 1 yang ramai , iaitu hampir mnenceceah seramai 400 orang pelajar. Permintaan untuk memasuki sekolah ini telah meningkat. Pada tahun ini juga , terdapat ramai pelajar-pelajar daripada luar Taman Tuanku Jaafar yang memohon untyuk masuk bersekolah di sini. Ada pelajar yang datang sejauh Kuala Lumpur dan petaling Jaya. 


 

Selain daripada itu, buat pertama kalinya juga , seramai 25 pelajar daripada Program pembanguna Bolasepak Remaja Perempuan FAM akan mendaftar masuk bersekolah di sekolah ini . OPelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 daripada Sabah, Serawak, Pahang , Selangor dan Kuala Lumpur, di samping pemain -pemain SMK TJJ yang turut terpilih di dalam skuad ini 

Program pada pagi ini , turut disertakan dengan sesi taklimat ringkas perjalanan sekolah dan perancangan dan hala tuju sekolah yang disampaikan oleh Tuaan Pengetua dan diikuti dengan taklimat persediaan pelajar tingkatan 1 oleh Penyelia Petang , Encik Malik Rejab. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Datin Khalijah , AJK PIBG sekolah di samping guru penolong kanan dan ketua bidang serta para guru.

Di dalam ucapannya Tuan Pengetua menyarankan agar ibu bapa memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih kepada anak-anak di sekolah menengah ini , kerana cabaran dan pemikiran pelajar yang sudah semakin bijak berbanding di sekolah rendah. Menurut beliau, pelajar di sekolah menengah telah terdedah dengan sikap dan perangai pelajar yang lebih dewasa dan dikhuatiri akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh.

Tuan Pengetua juga menyarankan agar ibu bapa tidak terlalu mudah mempercayai kata-kata anak-anak . Sebaliknya, mereka harus mempunyai perasaan syak wasangka yang tinggi dan berhubung dengan pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat sebenar. Ini bagi mengelakkan ibu bapa tertipu.

Beliau juga menyarankan agar ibu bapa memberikan sumbangan dan  kepakaran yang ada pada mereka untuk sama-sama membantu sekolah, sesuai dengan program SARANA yang dicadangkan oleh KPM. Salah satu program rintis yang dicadangkan oleh Tuan Pengetua ialah , kelas Prep Malam, yang memerlukan sokongan dan komitmen setiap ibu bapa untuk melaksanakannya. Cadangan perlaksanaan adalah pada Febuari 2013 ini nanti.




Pendaftaran berjalan lancar dan cepat kerana pada kali ini tiada sebarang kutipan sumbangan PIBG yang dilakukan. Para ibu bapa juga agak mudah berurusan kerana semakan pendaftran awal kemasukan pelajar telah diadakan sebelum ini.

Pada tahun , sebanyak 8 kelas tingkatan 1 dan 2  ,( berbanding 7 pada tahun lepas ) yang akan di bawa ke sesi pagi. Kelas tersebut ialah kelas UIA, UM, UKM dan USIM ( kelas sukan).

Di samping itu juga, berlaku pertambahan pelajar Pendidikan Khas seramai 16 orang yang menjadikan jumlahnya 40 orang.  Pertambahan ini mengakibatkan kita mengalami ketiadaan ruang kelas untuk menenempatkan mereka . Pihak sekolah telahpun memaklumkan kepada pihak JPNS sejak awal tahun 2011 yang lalu. Diharapkan akan adalah sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini.

Pihak sekolah ingin  mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang menjayakan program ini dan kepada ibu bapa yang terus menaruh harapan dan kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka di sini.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...