SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, October 7, 2009

MERANCANG KECEMERLANGAN OLAHRAGA DI JELAI FELDA...






Dalam usaha memantap dan mengekalkan pencapaian gemilang sukan olehraga di Jelai felda, khususnya di SMK Jelai Felda, suatu mesyuarat pembangunan olahraga peringkat zon Jelai Felda telah dijalankan pada pagi ini 7 Oktober 2009 , bertempat di Bilik Gerakan SMK Jelai Felda. Sasarannya ialah untuk merangka program melatih bakat-bakat olahraga di peringkat sekolah rendah, sebagai pelapis kepada skuad yang ada di sekolah menengah. Mesyuarat dihadiri oleh Encik Muslim Mohd. Din, Penyelia Sukan PPD Tampin, Pengetua SMK Jelai Felda, GPK Ko-Ku SMK Jelai Felda, Jurulatih MSN , Encik Azam, Guru Besar SK Jelai Felda 1,2 dan 3 serta Encik Chin Kee Sheng , Jurulatih SMK Jelai Felda.

Beberapa perancangan telah disusun , antaranya ialah:

1. Mengadakan 'uji bakat' kepada pelajar tahun 6 di ketiga-tiga sekolah berkenaan.
2. Latihan di SMK Jelai Felda bagi bakat-bakat yang terpilih
3. Mencungkil bakat olahraga di peringkat tahun 3,4, dan 5 bermula pada 2010.
4. Mengadakan kelas khas untuk olahraga di tingkatan 1 di SMK Jelai Felda.
5. Meneruskan skim insentif sedia ada
6. Mengadakan pendedahan kepada pelajar kepada kejohanan-kejohanan seperti MSSNS, MSSM. Terbuka Negeri, Terbuka Malaysia dan Antarbangsa
7. Mewujudkan identiti khusus pelajar olahraga di SMK Jelai Felda
8. Memantapkan program pemakanan atlit di SMK Jelai Felda
9. Melengkapkan perlatan, pakaian, dan kebajikan atlit
10. Mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk kemajuan kerjaya atlit selepas SPM

Kejayaan atlit SMK Jelai Felda telah terbukti hebat sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam kejohanan mini Olimpik yang lalu, seramai 8 atlit sekolah ini telah menyertainya dan 4 daripada mereka telah mendapat tempat ke 4. Seramai 5 atlit sekolah juga telah berjaya terpilih ke SUKMA 2010 dan seorang atlit Mohd. Firdaus Mazelan telah mencipta kejayaan layak ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Italy. Namun disebabkan wabak H1N1, maka pemergiannya ditangguhkan.

Semoga dengan perancangan rapi ini dan komitmen daripada semua pihak, SMK Jelai Felda akan kekal sebagai kuasa Olahraga peringkat MSSNS .

1 comment:

Anonymous said...

Izinkan saya berkongsi sedikit dari pengalaman saya di sekolah lama,cikgu.

kami dulu disana memang dah mengamalkannya, tetapi dalam konteks yang lebih luas lagi. maksudnya tidak terhad kepada olahraga sahaja tetapi pengesanan dibuat dari semua aspek koku. data-data mengenai pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang dari sekolah saluran diperoleh dan diperkembangkan lagi apabila mereka memasuki sekolah menengah. latihan bersama juga kerap diadakan. Sebenarnya mereka memang ada potensi/bakat semasa disekolah rendah, tetapi kerana 'terabai' ketika memasuki sekolah menengah, maka mereka terbiar begitu sahaja.

semasa saya di johor dahulu, saya tidak pernah ketandusan generasi pelapis untuk pertandingan kawad kaki kerana adanya kerjasama erat sebegini dengan semua sekolah saluran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...