SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 11, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG -SMK JELAI FELDA -11 julai 2009






Kursus ini disertai oleh 20 orang guru yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan ketua-ketua panitia. Ia adalah sebahagian daripada program yang disusun untuk memantapkan pembangunan ICT, selaras dengan hasrat sekolah untuk menjadikan ICT sebagai watak sekolah di samping olahraga. Kursus di kendalikan oleh 2 orang pegawai PKG Gemas. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menghasilkan blog masing-masing. Hasrat seterusnya ialah memastikan semua guru dan panitia serta unit-unit di sekolah ini mempunyai blog masing-masing

3 comments:

Cikgu Eaizan said...

cabaran seterusnya tuan ialah memastikan semua blog tersebut terus 'hidup'.

berdasarkan pengalaman saya, memastikan laman terus 'hidup' lebih mencabar daripada membinanya.

apapun,terima kasih, kerana pada saya, ada beberapa ilmu baru yang saya perolehi dengan menyertai kursus ini.

Muhammad said...

alhamdulillah. satu approach yg amat baik buat guru2 semua. memang betul apa yg cikgu Eaizan katakan, guru2 sebaiknya cuba maintain kan blog agar terus hidup!

tahniah buat SMK Jelai Felda.

omar said...

Terima kasih di atas komen. Perancangan seterusnya ialah untuk melibatkan para pelajar terutamanya kelab, persatuan dan unit-unit lain. Sesuai dengan watak sekolah yang kedua iatu , ICT. Rasanya pelajar ni lebih teruja dengan IT, jadi blog akan hidup segar. Macamana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...