SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, August 5, 2009

8 Wakil SMK Jelai ke MINI OLIMPIK MALAYSIA

TAHNIAH DAN SYABAS!

kepada semua atlit dan jurulatih SMK Jelai Felda yang telah menyertai Mini Olimpik Malaysia di Bukit Jalil dari 28 Julai hingga 31 Julai yang lalu. Keberanian mereka bertanding dan bersaing dengan atlit senior Kebangsaan membanggakan sekolah. Firdaus Mazelan telah berjaya menempatkan diri di tempat keempat dengan kekalahan tipis di garisan penamat dalam acara 400 meter. Faiz Mazelan (ke 7- 400 meter), . Dalam acara balingan tukul besi, peserta kita telah memecahkan rekod negeri sembilan dan berada di ranking ke terbaik negara. Namun pelajar ini mempunyai potensi yang tinggi kerana hanya baru berusia 15 tahun (tingkatan 3). Menurut Encik Azam, jurulatih SMK Jelai Felda, prestasi atlit ini akan. Syafiq Hassan (ke 7) balingan tukul besi dan Noraida Suhaida (ke 4 ), tukul besi.

Pihak sekolah juga telah membentuk jawatankuasa Pembangunan Olahraga untuk memantapkan kemajuan olahraga di sekolah ini. Senarai AJKnya ialah:

Penasihat: Pengetua(Encik Omar Bin Ahmad)
Pengerusi: GPK Ko-Kurikulum (Tn. Syed Nasir Syed Zain)
Penyelaras: Pn. Roziemaizah (Guru Cemerlang Sains Sukan)
Pengurus : En. Mohd. Anas
Jurulatih : Encik Azam (Ketua Jurulatih)
Encik Chin Kee Shen (Jurulatih)
Data : Encik Asri Samerjan

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk merancang kecemerlangan olahraga di sekolah sesuai dengan watak sekolah iaitu Olahraga. Cadangan awal 2010, ialah untuk mengadakan kelas khas untuk olahraga yang hanya akan terdiri daripada atlit olahraga sekolah. ini bertujuan untuk menarik minat dan memudahkan usaha merancang aktiviti dan penyediaan kemudahan kepada mereka,

1 comment:

Anonymous said...

saya tertarik dengan cadangan kelas khas olahraga tu. lagipun sekolah kita memang ada menawarkan mata pelajaran sains sukan. bukankah 'kena' jika pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut terdiri daripada atlet olahraga mahupun mereka yang berbakat dalam sukan di sekolah kita. barulah ada kaitan dengan kelebihan mereka itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...