SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, June 3, 2013

PENGHARGAAN TERHADAP WARGA ISTIMEWA...

 Tradisi penghargaan terhadap setiap warga sekolah masih diteruskan bagi sessi persekolahan 2013 ini dengan pemaparan wajah-wajah mereka di ruang parkir utama sekolah.

Wajah-wajah ini sebenarnya memperlihatkan komitmen dan eltizam setiap warga , sama ada guru atau staf , bersemangat dan berikrar akan berganding bahu bersama-sama untuk memikul amanag dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti demi untuk mengangkat  nama dan maruah sekolah ini.

paparan wajah ini adalah sebagai tanda terima kasih juga kepada semua warga yang terlibat di dalam pembangunan kecemerlangan sekolah ini bagi sessi 2012 yang lalu.  Bagi warga yang telah meninggalkan sekolah, di ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan.

 Selain daripada paparan wajah-wajah guru dan staf sessi 2012 , turut dipaparkan buat pertama kalinya adalah wajah-wajah pelajar sasaran mencipta kecemerlangan straight A'S di dalam PMR dan SPM.

Paparan ini merupakan satu penghormatan terhadap mereka kerana:

1. Mereka adalah kelompok terpilih yang diperakui kehebatan dan kemampuan akademik mereka untuk mencipta kecemerlangan.

 2. Mereka juga adalah kelompok sandaran kecemerlangan untuk membolehkan mereka mencipta sejarah kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan awam.

3. Terpikul dibahu mereka satu tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sasaran sekolah melalui mereka akan dapat direalisasikan. Mereka MESTI mencapai sasaran yang ditetapkan kerana segala harapan diletakkan kepada mereka.

4. Mereka juga membawa bersama imej dan maruah diri, keluarga dan sekolah di dalam memastikan sasaran dicapai.  Tiada pilihan bagi mereka selain memastikan mereka berusaha segigih dan pada tahap maksimum untuk belajar dan terus belajar disamping sentiasa mengekalkan prestasi terbaik.

Secara tidak langsung , ini merupakan suatu motivasi dalaman yang kukuh untuk memastikan setiap pelajar terus mencipta kejayaan.

Pemilihan calon-calon ini adalah berdasarkan kepada "cocostar" sekolah dan mengikut ranking serta pencapaian semasa. Bilangan calon ini bagaimanapun boleh berubah berdasarkan pencapaian semasa  dan keputusan-keputusan peperiksaan yang dijalankan.

Aktiviti ini sebenarnya adalah sebahagian daripada program pemantauan akademik terhadap kelompok sasaran atau headcount pelajar. ia bolehlah dianggap sebagai salah satu intervensi yang dilaksanakan untuk memastikan headcount ini akan tercapai.

Antara program lain yang telah dilaksanakan adalah:

1. mentor-mentee
2. Lonjakkan saujana
3. Program pembudayaan pembelajaran sekolah cemerlang
4. modul mata pelajaran/ latihtubi
5. akujanji dan graf pencapaian individu
6. 3 penjuru/ pembentangan laporan kepada penjaga
7. pembelajaran berkelompok
8. Bengkel/ klinik mata pelajaran
9. perkampungan ilmu
10. Gerak gempur
11. bicara pengetua/ motivasi pengetua
12. skim insentif target A
13. Anugerah Kecemerlangan Akademik
14. Ikon pelajar

Semoga diharapkan dengan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat para pelajar SMKTTJ untuk berlumba-lumba mencipta kejayaan dan berharap Budaya Mencipta Kecemerlangan ini akan menjadi budaya buat semua pelajar dan seluruh warga sekolah... InsyaAllah..

SERLAHKAH KEHEBATAN.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...